PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Saturday, July 7, 2012

Fonetik fonologi - Bunyi Vokal


BUNYI VOKAL

Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.Malah turut melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya.Bentuk bibir dan saiz rongga mulut ini mempengaruhi jenis vokal yang akan dihasilkan sama ada dalam keadaan terbuka,separuh sempit,separuh terbuka ataupun luas.Lidah pula menentukan bunyi vokal yang dihasilkan sama ada vokal depan,belakang atau tengah.
Kedudukan vokal-vokal bahasa melayu dapat diringkaskan seperti jadual dibawah :

VOKAL
LAMBANG                            NAMA VOKAL
Vokal depan
 [ i ]                                        vokal depan sempit
 [ e ]                                       vokal depan separuh sempit
 [ ɛ ]                                        vokal depan separuh luas
 [ a ]                                        vokal depan luas                                    
Vokal tengah
 [ ə ]                                        vokal tengah
Vokal belakang
 [ u ]                                        vokal belakang sempit                               
 [ o ]                                        vokal belakang separuh sempit
 [ ɔ ]                                         vokal belakang separuh luas
 [ ɑ ]                                         vokal belakang luas



1) VOKAL DEPAN

a.Vokal depan sempit  [ i ]
Untuk menghasilkan vokal ini iaitu vokal depan sempit,alat artikulasi yang terlibat ialah bahagian hujung lidah yang diletakkan pada titik yang paling tinggi di bahagian depan mulut dan kedudukannya merupakan yang paling tinggi dalam rongga mulut.Lelangit lembut hendaklah diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika membunyikan vokal ini bibir hendaklah berada dalam keadaan terhampar.
Contoh penggunaan vokal [ i ] :     
[ itik ]
[ sira ]
[ kari ]

b. Vokal separuh sempit [ e ]
Penghasilan bunyi vokal ini melibatkan bahagian depan lidah agak ke bawah sedikit ,iaitu sepertiga daripada tinggi lidah semasa melafazkan bunyi [ i ]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika membunyikan vokal ini bibir hendaklah dalam keadaan terhampar.Bukaan bibir juga agak sederhana.
Contoh penggunaan vokal [ e ] :
[ elo  ] ( elok )     
[ lepa  ] ( lepak )
[ sate ] ( sate )

c. Vokal depan separuh luas [ ɛ ]
Kedudukan alat artikulasi ketika membunyikan vokal ini ialah depan lidah diturunkan dua pertiga dari kedudukan semasa melafazkan bunyi [ e ].Manakala lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika membunyikan vokal ini bibir hendaklah dalam keadaan terhampar.
Contoh pengunaan vokal [ ɛ ] :     
[ ɛloʔ ] ( elok dalam dialek kedah )
[ otɛ  ] ( membuat sedikit demi sedikit dalam dialek kedah )
[ modɛ  ] (modal dalam dialek kedah )

d. Vokal depan luas [ a ]
Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturunkan ke titik paling bawah dalam rongga mulut.Puncak dari depan lidah tertarik ke belakang sedikit.Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika membunyikan vokal ini bibir hendaklah dalam keadaan terhampar.
 Contoh pengunaan vokal [ a ] :
[ aku ]
[ padi ]
[ bila ]

2 ) VOKAL BELAKANG

a. Vokal belakang sempit [ u ]
Kedudukan alat artikulasi ketika membunyikan vokal ini ialah dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin seperti merapati lelangit keras.Malah sekatan aliran udara tidak berlaku. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Semasa melafazkan bunyi vokal ini bibir hendaklah berada dalam keadaan bundar.
Contoh pengunaan vokal [ u ] :    
[ ulam ]
[ duka ]
[ buta ]

b. Vokal belakang separuh sempit [ o ]
 Kedudukan alat artikulasi ketika membunyikan vokal ini ialah belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi [ u ].Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi vokal ini bibir hendaklah berada dalam keadaan bundar.
Contoh pengunaan vokal [ o ] :    
[ ombaʔ  ] ( ombak )    
[ soraʔ  ] ( sorak )
[ soto  ] (soto )

c. Vokal belakang separuh luas [ ɔ ]
Penghasilan bunyi vokal ini melibatkan bahagian belakang lidah  diturunkan lebih rendah sedikit daripada semasa melafazkan bunyi vokal separuh sempit [ o ]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi vokal ini bibir hendaklah berada dalam keadaan bundar.
 Contoh pengunaan vokal [ ɔ ] :   
[ borak ] ( berbohang,dialek Kelantan )
[ tumpɔ ] ( mati,dialek bota perak )

d. Vokal belakang luas [ ɑ ]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diletakkan di titik paling bawah dan sejauh-jauhnya ke belakang terus-menerus. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi vokal ini bibir hendaklah berada dalam keadaan bundar.
Contoh pengunaan vokal [ ɑ ] :
[ gula ] ( gulai,dialek sungai perak )

3 ) VOKAL TENGAH [ ə ]

Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga mulut.Bibir terbuka,tetapi jangan terlalu luas.udara yang melalui rongga mulut menghasilkan bunyi vocal [ ə ] .
Contoh pengunaan vokal [ ə ] :
[ əma ] (emak )
[ ləbah ] ( lebah )
[ apə ] ( apa dalam sebutan johor riau )








No comments:

Post a Comment