PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Saturday, July 7, 2012

Fonetik Fonologi - Bunyi Konsonan


Bunyi konsonan
Bunyi konsonan dihasilkan apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran suara.Bunyi konsonan dalam bahasa melayu dilambangkan oleh huruf-huruf tertentu,sebilangan besarnya dilambangkan oleh huruf konsonan tunggal.Hanya lima bunyi yang dilambangkan oleh huruf konsonan gabung.

1 ) KONSONAN LETUPAN

a.Konsonan letupan dua bibir [ p ] dan [ b ]
Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak.Udara dari paru-paru akan tertahan di dalam rongga mulut dan seterusnya dilepaskan serta merta.Jika udara yang dilepaskan itu tidak menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan dua bibir tak bersuara [ p ].Manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan bersuara [ b ].
Contoh bunyi konsonan :
[ p ]
[ lapan ]
[ tətap ] ( tetap )
[ b ]
[ balik ]
[ hidung ]

b. Konsonan letupan gusi [ t ] dan [ d ]
Untuk membunyikan konsonan ini,hujung lidah hendaklah dirapatkan ke gusi atas.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.Kedudukan lidah akan menyekat udara dari paru-paru,setelah itu apabila udara yang tersekat itu dilepaskan serta-merta maka bunyi yang terhasil itu ialah bunyi letupan gusi.Jika letupan gusi yang berlaku tidak menggetarkan pita suara,maka bunyi yang terhasil ialah letupan gusi tak bersuara [ t ].Namun jika menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [ d ].
Contoh bunyi konsonan :
[ t ]
[ tiga ]
[ itu ]
[ d ]
[ dasar ]
[ had ]

c. Konsonan letupan lelangit lembut [ k ] dan [ g ].
Penghasilan bunyi ini terjadi apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut. Udara yang tertahan akan dilepaskan serta-merta.Jika pelepasan udara yang berlaku tidak menggetarkan pita suara,maka bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tak bersuara [ k ].Sebaliknya jika menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [ g ].
Contoh bunyi konsonan :
 [ k ]
[ kambinŋ ] ( kambing )
[ paku ]
[ g ]
[ raga ]
[ beg ]

d. Konsonan letupan pita suara [   ]
Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan,dan keadaan ini menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan.Apabila pita suara terbuka secara serta merta dan membebaskan udara,maka bunyi yang terhasil dinamakan letupan pita suara [   ].Oleh karana bunyi ini berlaku pada pita suara,bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai bunyi bersuara atau tak bersuara.
Contoh bunyi konsonan  [   ] :
[ buda  ] ( budak )
[ kaka  ] ( kakak )

e.Konsonan letusan [ c ] dan [ j ].
Perbezaan diantara bunyi letupan dan letusan ialah bunyi letusan dilepaskan secara perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi geluncuran.Lelangit lembut hendaklah dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tidak bersuara.Konsonan letusan dalam bahasa melayu ialah letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan letusan lelangit keras bersuara [ j ].
Contoh bunyi konsonan :
[ c ]
[ cat ]
[ kaca ]
[ j ]
[ jalan ]
[ bijih ]

2 ) KONSONAN SENGAU

a.Sengau dua bibir bersuara [ m ]
Untuk menghasilkan konsonan sengau dua bibir,bibir bawah hendaklah dirapatkan kepada bibir atas.Lelangit lembut  dalam keadaan biasa menyebabkan udara melalui rongga hidung.Malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
Contoh bunyi sengauan [ m ] :
[ makan ]
[ lama ]
                                                                                                               
b.Sengau gusi bersuara [ n ]
Bunyi ini dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan kepada gusi.Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga hidung. Malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
Contoh bunyi sengauan [ n ] :
[ naŋka ] ( nangka )
[ bina ]

 c.Sengau lelangit keras gusi bersuara [ ɲ ]
Konsonan ini terhasil apabila depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga hidung. Malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
Contoh bunyi sengauan [ ɲ ] :
[ ɲawa ] (nyawa )
[ ɲamo ] ( nyamuk )

d. Sengau lelangit lembut bersuara [ ŋ ]
Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut. lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga hidung. malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
Contoh bunyi sengauan [ ŋ ] :
[ ŋaŋa ] ( nganga )
[ malaŋ ] ( malang )

3 ) KONSONAN GESERAN
                       
a. Geseran gigi bibir [ f ] dan [ v ]
Bunyi geseran gigi bibir  terhasil apabila bawah dan bibir atas dirapatkan tetapi tidak menghalang aliran udara keluar.Laluan yang sempit menyebabkan udara yang dikeluarkan daripada paru-paru menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ f ] dan yang bersuara [ v ].

b.Geseran gusi [ s ] dan [ z ]
Bunyi geseran gusi terhasil apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras.Keadaan ini tidak menyekat aliran udara.Udara yang keluar dari paru-paru akan menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ s ] manakala yang bersuara adalah [ z ].

c. Geseran lelangit keras [ š ] dan [ ž ]
Penghasilan konsonan ini ialah apabila hadapan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak terlalu rapat.Udara dari paru-paru terhembur keluar dengan berlakunya geseran. Bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah [ š ] manakala bunyi geseran lelangit keras bersuara adalah [ ž ].

d. Geseran lelangit lembut [ x ] dan [ y ].
Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah rapat ke lelangit lembut.Udara yang keluar dari paru-paru terdesak keluar melalaui rongga mulut. Konsonan geseran  lelangit lembut tak bersuara adalah [ x ] manakala konsonan geseran lelangit lembut bersuara adalah [ y ].

e.Geseran pita suara [ h ]
Geseran pita suara terhasil apabila pita suara dirapatkan yang mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser.Seperti keadaan bunyi letupan glottis,bunyi ini juga berlaku di pita suara maka itu tidak menunjukkan sama ada bunyi ini bersuara ataupun tak bersuara.

4 ) KONSONAN GETARAN

Bahasa mempunyai satu bunyi getaran,iaitu [ r ].Bunyi ini terhasil apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut setelah itu lidah diangkat ke arah gusi.Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara,maka terhasillah bunyi getaran [ r ].

5 ) KONSONAN SISIAN

Konsonan sisian dalam bahasa melayu ialah [ | ].bunyi ini terhasil apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah,manakala hujung  lidah diangkat ke arah tengah gusi.Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara,maka terhasillah bunyi [ | ].

6 ) SEPARUH VOKAL

Kedudukan lidah semasa melafazkan bunyi ini  ialah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi tidak sempurna,hanya separuh sahaja.Hal ini kerana kedudukan lidah berubah selepas itu.Ada dua bunyi separuh vokal,iaitu separuh vokal dua bibir [ w ] dan separuh vokal lelangit keras [ y ].Keadaan bibir pula dibundarkan semasa melafazkan [ w ] dan terhampar ketika melafazkan [ y ].








No comments:

Post a Comment