PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Wednesday, July 4, 2012

Resipi Udang Petai


Aiza nak ajar cara masak salah satu lauk kegemaran Aiza ni. Udang sambal petai. hu..hu..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut :
(Hidangan empat orang makan)

3 Sudu besar minyak masak
3 Sudu besar bawang merah (2 biji)
1/2 Sudu bawang putih (2 ulas)
2 Sudu Cili Giling/Cili Boh
3 Papan petai (ambil isinya sahaja atau ikut kesukaan)
1/2 Kg Udang.

Bahan perasa :
Gula
Garam

Cara Memasak :

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili boh sehingga garing atau pecah minyak.


2. Kemudian masukkan bahan perasa iaitu garam dan gula. Masukkan secukup rasa. 
3. Masukkan udang dan tunggu sebentar.
4. Setelah udang kelihatan kemerah-kemerahan atau sudah hampir masak, baharulah dimasukkan petai.
5. Tunggu sekejap, lebih kurang 2 minit. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidang.


Taraa.. selamat mencuba. ;-)


No comments:

Post a Comment