PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Saturday, October 31, 2015

PEN BOLEH DIPADAM




      Tahun 2015, merupakan tahun pertama Aiza Mira menjadi guru kelas. Semasa membeli alat tulis, pada bulan 12, 2014 di MPH, terjumpa la, satu jenis pen ni, yang boleh padam balik tulisannya.

Ada bermacam-macam warna pen ni. Antaranya ...



       Jadi oleh sebab memikirkan yang Aiza nak kena tanda buku kedatangan, Aiza beli la pen ni... Aiza beli 2 warna , iaitu merah dan hitam...

        Harga pen ni, agak mahal.. sebatang pen lebih kurang rm6.90 sebatang... Jadi, Aiza beli dua batang pen dan set refill... yang refill tu murah sikit.. dalam rm4 lebih.. bila abis ink, tinggal tukar dia punya batang ink tu sahaja....

        Untuk pembaca yang bukan guru, pen hitam digunakan untuk menulis nama dan mencatat kedatangan tetapi terkecuali bagi murid bukan warganegara yang ditulis dengan pen bewarna merah..

Kat bawah ni ada perbandingan..


Ini gambar contengan...


Ini gambar selepas padam ...


   Kenapa gigih nak cari pen boleh padam?? Erkk.., buku kedatangan tak boleh guna liquid paper.. kalau salah... kena potong yang salah, tandatangan di tepi.. sangat buruk, kalau tiba-tiba ada kesalahan.. bayangkan, kita salah tanda hari.. kedatangan.. dari atas sampai bawah kena potong.. atau, bdak tak datang.. dah tanda O .. tiba-tiba.. 10 minit kemudian, dia sampai.. dia datang lambat... mcm nak nangis Cikgunyer.. 

     Jadi, bila guna pen ni.. senang sangat.. sebenarnya, tahun ni sahaja..banyak kesalahan yang Aiza buat masa isi buku ni, kadang-kadang tersilap kira hari kedatangan dan sebagainya.. tapi... bila guna pen ni.. semua masalah mampu diatasi.,..


Tuesday, October 27, 2015

#KOTAKATA2015



24 OKTOBER 2015, Tarikh keramat. Tarikh hari jadi tuan tanah blog ni yang ke-25.. hahahaha... Jadi bersempena tarikh hari jadi ni, tuan punya blog mengambil peluang untuk meluangkan masa menjejakkan kaki ke #Kotakata. 



    Aiza Mira, dah merancang nak ke #Kotakata ni lebih kurang 2 minggu sebelum lagi, bila terbaca poster yang dikongsikan sahabat-sahabat di dinding facebook. Dah lama sebenarnya tidak menjejakkan kaki ke mana-mana acara puisi. Biasanya bukan tak nak pergi, tapi mesti bertembung dengan acara lain dan beberapa kesulitan seperti kenderaan untuk pergi dan balik. 

    Jadi, bila #Kotakata ni diadakan di hadapan Maju Junction dan kebetulan dekat dengan  Komuter, senang la Aiza Mira nak pergi. Sabtu pulak tu, (kebetulan tak ada acara di sekolah). Ini diantara tentatif program #Kotakata ni :



      Ramai jugak, penerbit yang turut serta dalam majlis yang diacarakan oleh Aloy Paradoks ni. Contohnya seperti Sindiket Sol-Jah, Dubook Press, Legasi Oakheart, dan pelbagai lagi. Ramai sangat, penat nak list. Huhuhuhu... 

     Memang meriah, dan dashat la suasana masa hari kejadian. Aiza mira sendiri, lepak di majlis ni dari petang lebih kurang pukul 4petang sampai 9 malam.



      Sambil-sambil dengar bacaan puisi, boleh duduk baca buku yang dibeli dan bersantai-santai dengan air dan makanan. Mana nak dapatkan..... Memang siapa yang tak pergi patut cemburu. Hikhikhik...




    Sebelum balik, mesti beli buah tangan dulu.. jadi... tara... buah tangan #Kotakata 


   Buku "huruf sudah merajuk sewaktu menjadi tajuk"... buku tulisan seorang sahabat MPR . Aiza cari jugak kelibat penulisnya, nak tuntut tandatangan.. hahaha.. tapi tak ada rezeki, mungkin lain kali. Kepada pembaca diluar sana, cepat dapatkan. Harganya cuma rm5 sahaja. Ringkas tapi bermakna.. Kata-kata yang membawa kita pada pemikiran yang lebih luas....

Oleh sebab, Aloy Paradoks ada kat acara ni, jadi Aiza tuntut tandatangan terus la.. ni dia, novel tinggalkan aku satu peluru...


  Masa Aiza Mira sampai, dah petang. Aiza Mira terlepas persembahan Randai. Jadi bila balik, rasa menyesal jugak la.. tapi... bila gatal-gatal tangan cari di youtube.. taip #Kotakata.. taraa... RANDAI.. terlunaslah hajat di hati nak tengok Randai.. Kalau nak tahu, apa itu Randai.. tgok kat sini yer... 

https://www.youtube.com/watch?v=AU-kVr534z4

Thursday, October 22, 2015

#SELEPAS2TAHUN

ASSALAMUALAIKUM,

            Selepas hampir 2 tahun. Ya, 2 tahun, blog Planet Aiza Mira ni tak diserikan dengan apa-apa bentuk penulisan. 2 tahun, Aiza Mira menyepi dari blog sendiri. 2 tahun, berkunjung ke sini sekadar menyalin resepi sendiri kerana terlupa langkah dan bahannya. 2 tahun. 2 tahun.

Ok... dah.. tak payah dramatik sangat dengan 2 tahun. Hahahahaha...

            Apa yang berlaku dalam jangka masa 2 tahun? Terlalu banyak. Aiza mira dah tamat pengajian, dah konvo, dah kerja dan macam-macam lagi. Apa? Status? Ok, yang tu tak bertukar lagi, masih dengan gelaran “Cik”. Hahahahaha....

            Apa yang membuatkan Aiza Mira menyepi? Pertama, internet. Dulu masa belajar, memang langgan internet bulanan tapi dah berhenti bila habis belajar sebab kat  kampung tak dapat liputan internet syarikat tu. Lagipun bila habis belajar, memang satu jangka masa yang semput dan sempit dari segi kewangan. Internet ni satu kehendak masa tu, jadi tolak tepi. Selepas lebih kurang 4-5 bulan habis belajar, dapat kerja. Tunggu stabilkan kewangan, lepas tiga bulan baru dapat gaji dan akhirnya lebih  kurang pada bulan 9, 2014, barulah Aiza Mira langgan internet  bulanan pada telefon. Sebelum tu, gunalah internet tapi lebih tertumpu pada kerja penting dengan guna kemudahan di sekolah, beli kad wifi apartment atau lepak di cyber cafe.

            Keduanya, kesibukan. Sebenarnya banyak entri jadi draf. Faham? Macam ni, taip tapi tak siap kemaskini maklumat macam gambar, link dan perincian. Kemudian simpan kat draf dan entri tu bersawang la kat situ. Dah lama, dah jadi ketinggalan zaman entri tu.

            Ketiga, kemalasan. Kemalasan adalah sejenis penyakit. Sekian.

            Akhirnya, selepas  2 tahun, saya Aiza Mira pemilik rasmi@official blog Planet Aiza Mira akan menaiktaraf blog ini dari masa ke semasa dengan entri yang menarik dan semoga  memberi manfaat kepada semua pembaca. Peace.