PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Wednesday, July 4, 2012

Cup Cakes

Aiza teringin nak belajar hias Cup Cakes. Kebetulan pula, ada jualan di tempat Aiza belajar dan ada menjual cup cakes. Gerai tu menawarkan peluang untuk kita hias sendiri cup cakes tersebut. Kalau tak nak, dia boleh tolong hiaskan atau pilih sahaja yang dah siap kat situ. Harga tetap sama.

Nak dijadikan cerita, pagi tu, Aiza ada kelas komputer dengan seorang pensyarah ni kat makmal. Tengah-tengah kuliah ni, Aiza asyik terpikir macam mana nak hias cup cakes saje. Oleh sebab rasa terganggu dan teruja yang teramat. Aiza pun search la contoh-contoh yang ada kat internet. Habis je kuliah tu, terus pergi gerai cup cakes dan cuba. Ha..ha.. lawak betul.


Taraa.. percubaan pertama hias cup cakes. Cup cakes yang sebelah kanan tu gambar apa? Nampak tak apa yang Aiza cuba buat kawan-kawan? Ermm.. saya faham kalau anda tak nampak. Ha..ha.. Sebenarnya nak hias muka singa tu. Ada rupa singa tak?

No comments:

Post a Comment