PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
Di dalam konsep pendidikan, konsep
pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang
ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Dengan perkataan lain,
pendekatan merujuk cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan
objektifnya.
Menurut Edward. M. Anthony (1963), dalam
buku pedagogi 2 oleh Mok Soon Sang (p.1 dan 2) pendekatan ialah satu set
andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mempunyai unsur aksiomatik. Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan
pengajaran iaitu pendekatan deduktif, pendekatan
induktif, pendekatan elektik
dan pendekatan komunikatif.
Menurut
pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan
kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori
pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam
sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan
dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji
bahagian-bahagiannya.
Pendekatan Deduktif
Konsep
deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula
daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
diikuti dengan aplkasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Kadangkala
pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau
generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, teorem yang telah
diketahui.
Pendekatan pengajaran ini mengutamakan
penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa.
Guru-guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa
mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi
contoh-contoh penggunaannya. Contohnya apabila seseorang guru mengajar ayat
tunggal, guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan
contoh-contoh penggunaanya.
Jenis pendekatan
deduktif
Terdapat tiga jenis pendekatan deduktif
yang biasanya digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah iaitu penyelesaian masalah. Pendekatan deduktif banyak digunakan
untuk menyelesaikan masalah. Misalnya, setelah murid mempelajari imbuhan ‘ber’,
mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan ‘ber’. Selain
itu, pendekatan deduktif ini boleh digunakan untuk membentuk suatu generalisasi
baru. Misalnya, setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka
diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga bersudut
tegak. Malah, pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan sesuatu
hipotesis melalui prinsip atau hukum yang tekah dipelajari. Misalnya, selepas
murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus,
mereka diminta menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut
dalam sebuah segitiga ialah 180°.
Prinsip-prinsip
Pada peringkat permulaan, masalah atau
hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid-murid harus dibimbing
mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka
menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. Generalisasi,
prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti
hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan. Penggunaan deduktif
haruslah dijalankan mengikut prosedur yang betul, iaitu pendedahan masalah
hipotesis kemudian pemilihan generalisasi prinsip atau teori yang telah
diketahui dan akhirnya menyelasaikan masalah atau membuktikan hipotesis. Selain
itu, proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad
kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip atau teori yang telah dipelajari.
Guru juga tidak perlu menjalankan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan
cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab
sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.
Pendekatan Induktif
Pendekatan
induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,
kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pendekatan ini mengutamakan
contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa. Pengajaran
dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar
sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut. Contohnya dalam pengajaran
tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan
contoh-contoh ayat tunggal. Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat guru
akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal. Semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru tidak digalakkan memberi
sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu. Guru hanya membimbing
murid, melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada
contoh-contoh khusus yang dikemukakan.
Jenis pendekatan
induktif
pendekatan induktif mempunyai banyak
kaedah mengajar yang digunakan untuk mengajar berbagai-bagaimata pelajaran.
Demikian juga pendekatan induktif ini ada berbagai-bagai jenis. Di antaranya
ialah membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya,
mencari ciri segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga. Selain itu,
membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip
graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah. Malah,
membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya,
mendapat hukum tatabahasa daripada analisis terhadap struktur ayat-ayat bahasa.
Selain itu, ada juga yang membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti
induktif. Misalnya, mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam
pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga. Mendapat satu
teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia
untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.
Prinsip-prinsip
pengunaan strategi pengajaran induktif.
Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti
induktif dengan berkesan, guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip
penggunaan strategi pengajaran induktif yang berikut iaitu sebelum memulakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan
contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang bolah membantu murid membuat rumusan.
Disamping itu, soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan
yang berkenaan. Guru juga tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi
pelajarn yang berkiatan dengan kesimpulan. Murid-murid dibimbing melalui
aktiviti soal jawab untuk mendapatkan kesimpulan diri sendiri. Malah, jenis dan
contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri
yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya. Contoh-contoh
yang dipilih juga haruslah sesuai dan mencukupi. Selepas contoh-contoh khusus
oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.
Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah induktif harus mengikut
urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada kesimpulan
umum.
No comments:
Post a Comment