PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA
Showing posts with label PLANET FOTOGRAFI. Show all posts
Showing posts with label PLANET FOTOGRAFI. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Bulb

Ini kali pertama cuba teknik 'bulb' ni.. sebenarnya tak tahu sangat. Ini pun kawan yang ajar. huhu..


Dah lama sangat tak keluar untuk fotografi di malam hari. Kebetulan minggu lepas, Aiza berpeluang ke Bukit Ampang. Jadi ni la hasilnyer.






Tak tahulah nak kata macam mana. Ada yang jadi, ada yang kurang menjadi. He..he.. apa pun saje nak kongsi kat sini..kalau boleh otai-otai fotografi komen la yer.. bagi nasihat sikit..

Wednesday, July 4, 2012

Gambar Aktiviti Extreme

Banyak aktiviti extreme yang biasa dilakukan. Aiza salah seorang peminat aktiviti sebegini dan bukan mudah untuk merakamkan gambar ketika aktiviti ini dijalankan. Cuaca, keselamatan dan banyak lagi faktor yang perlu diambil kira. 

Aiza pun bukanlah seorang yang mahir atau selalu merakam gambar bagi aktiviti extreme. Aiza juga masih memerlukan tunjuk ajar dari otai-otai jurufoto di luar sana. Aiza tak nak sembang banyak, kita layan gambar aktiviti extreme yang ada dalam koleksi Aiza. 





Tuesday, July 3, 2012

Bicara gambar

Bagaimana sekeping gambar boleh bercerita? Gambar bukan macam video boleh rakam suara yer kawan-kawan. Maksud Aiza di sini ialah, bagaimana gambar itu mempunyai cerita yang tersendiri. Kadang-kadang kita rakam sekeping gambar tanpa ada apa-apa tujuan.

Di kemudian hari apabila kita melihatnya kembali mungkin kita mendapati ada cerita yang tersirat di sebalik rakaman gambar tersebut. Mungkin kita rasakan sesuatu itu cantik, lalu kita mahu mengabdikannya di dalam bentuk sekeping gambar. Siapa tahu.


Apa cerita di sebalik gambar ini? Aiza lemas di dalam tempayan? Aiza sedang meminta pertolongan kerana dalam kesusahan? Salah. Salah. Salah.

Aiza sebenarnya melompat di bahagian belakang tempayan. Aiza yang sememangnya tidak berapa nak tinggi ni, teringin nak ambil gambar di samping tempayan yang cantik dan besar ni. Oleh sebab itu, Aiza melompat dan gambar ini dirakamkan. Setiap gambar ada cerita. Sama ada kita yang menafsirnya atau biarkan gambar itu sendiri yang berbicara.


Cuma kadang kala jangan biarkan bicara gambar menipu akal fikiran kita. Bicara gambar tidak semestinya merakam jawapan pasti kepada setiap persoalan kita. Jangan kita ditipu dan tertipu dengan bicara sekeping gambar.

Monday, June 25, 2012

Paling susah ;-(


Gambar pemenang Pertandingan Pidato Integriti Ipg, Piala Menteri Pelajaran 2011


Ini pula gambar yang paling susah nak ambil. Tahu kenapa? Sebab, gambar ni diambil dalam dewan dengan bilangan jurugambar yang berpuluh-puluh orang. Banyak gambar rosak sebab gangguan flash dari kamera lain semasa gambar diambil. Gambar jadi putih atau terlebih cahaya.

Lagi satu, nak buat semua orang pandang ke arah kamera ialah kesusahan paling besar. Lain la kalau ambik gambar keluarga, senang je Aiza panggil nama suruh tengok kamera. Ini VIP, mana boleh panggil. Kalau nasib baik, dapat la. Kalau tak, itu sahajalah.

Macam mana Aiza boleh ambil gambar ni? Ermmm.. masa ni, Aiza jadi ajk pertandingan. Jadi kebetulan bawa kamera dan pemenang pertandingan adalah wakil IPG KBM (tempat Aiza blajar), jadi alang-alang kata orang. Ambil la gambar sekeping dua. Masa tu barulah tahu betapa susahnya hendak rakam gambar dalam situasi macam ni.

Tip? Pada Aiza, kita jangan terlalu kejarkan kuantiti gambar, dalam keadaan seperti ini, kualiti adalah penting.
  1. VIP hanya berada di dalam keadaan begitu hanya sekelip mata. Jurugambar perlu cepat merakam gambar pada masa yang tepat.
  2. Berada di dalam keadaan bersedia, sebaik anda memastikan VIP berpaling ke arah anda, rakam gambar dengan cepat.
  3. Jangan memeriksa atau melihat gambar yang telah dirakam sebaik sahaja menangkapnya kerana itu akan membuang masa. Terus bersedia dan mengambil gambar seterusnya.
  4. Akhir sekali, baharulah pilih gambar yang terbaik daripada koleksi gambar yang ada.
Harap coretan ini membantu rakan-rakan diluar sana yang mengalami masalah yang sama. Kalau ada tip yang hendak dikongsikan, sila tinggalkan komen ye.

Bangunan

Aiza juga hendak kongsikan gambar-gambar bangunan yang ada di dalam koleksi Aiza. Gambar-gambar ini diambil di tempat-tempat yang berlainan dan menggunakan kamera yang sama iaitu Nikon D3100.


Bangunan dalam gambar atas ni ialah gambar bangunan asrama IPG KBM. Asrama Dato' Razali Ismail. Gambar yang bawah ni pulak, gambar menara DBP.

Ini pula gambar Masjid Kristal yang di rakam dari atas Jambatan Sultan Mahmud.



Bunga

Aiza bukanlah seorang jurufoto yang mahir di dalam bidang fotografi ni. Baharu merangkak dalam bidang ni. Jadi Aiza menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi hasil fotografi Aiza. Komen yang membina sangat dialu-alukan.

 

Gambar ni Aiza ambil semasa praktikum fasa 1 hari tu. Alang-alang Aiza pusing sekolah untuk buat pemerhatian, apa lagi naik daun la. Kamera pulak ada kat tangan, memang tak boleh duduk diam la.