PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Tuesday, July 3, 2012

Bicara gambar

Bagaimana sekeping gambar boleh bercerita? Gambar bukan macam video boleh rakam suara yer kawan-kawan. Maksud Aiza di sini ialah, bagaimana gambar itu mempunyai cerita yang tersendiri. Kadang-kadang kita rakam sekeping gambar tanpa ada apa-apa tujuan.

Di kemudian hari apabila kita melihatnya kembali mungkin kita mendapati ada cerita yang tersirat di sebalik rakaman gambar tersebut. Mungkin kita rasakan sesuatu itu cantik, lalu kita mahu mengabdikannya di dalam bentuk sekeping gambar. Siapa tahu.


Apa cerita di sebalik gambar ini? Aiza lemas di dalam tempayan? Aiza sedang meminta pertolongan kerana dalam kesusahan? Salah. Salah. Salah.

Aiza sebenarnya melompat di bahagian belakang tempayan. Aiza yang sememangnya tidak berapa nak tinggi ni, teringin nak ambil gambar di samping tempayan yang cantik dan besar ni. Oleh sebab itu, Aiza melompat dan gambar ini dirakamkan. Setiap gambar ada cerita. Sama ada kita yang menafsirnya atau biarkan gambar itu sendiri yang berbicara.


Cuma kadang kala jangan biarkan bicara gambar menipu akal fikiran kita. Bicara gambar tidak semestinya merakam jawapan pasti kepada setiap persoalan kita. Jangan kita ditipu dan tertipu dengan bicara sekeping gambar.

No comments:

Post a Comment