PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

PLANET KENANGAN

 
Planet Kenangan ialah tempat, Cik Aiza untuk kongsi gambar kenangan dengan semua penulis, penggiat sastera yang ada di planet ini.

                           

Sepanjang penglibatan Aiza dalam bidang penulisan ni (bukan hebat sangat pun, biasa-biasa saje) ramai la jugak tokoh sastera dan penulis-penulis yang Aiza dah jumpa. Kalau jumpa tu biasa la kan, kutip ilmu sikit. Ha..ha..
 
Jadi Aiza nak kongsikan gambar-gambar kenangan Aiza dengan tokoh-tokoh hebat yang menjadi idola Aiza ni. Pesanan ikhlas dari jantung hati, jangan cemburu ya.







Mesti semua kenal tokoh yang bersama Aiza dalam gambar ni. Masa ni Aiza jalan-jalan sambil cari makan kat AmCorp Mall, Petaling Jaya. Terserempak dengan Sasterawan negara A. Samad Said atau lebih mesra dipanggil Pak Samad. Apalagi, peluang tak selalu muncul. Kan? Kan?


Gambar kat bawah ni pulak, Aiza bersama seorang pensyarah di IPG KBM, (tempat Aiza belajar la..). Dr Mashudi Bahari. Dr Mashudi ni, penyelaras projek antologi yang Aiza usahakan bersama beberapa orang rakan yang lain. Mana Antalogi tu? Ala, yang Aiza pegang dalam gambar tu la. Tapi itu naskah contoh, sekarang dah siap dibukukan. Alhamdulillah, Amin.





Pesta Buku Antarabangsa 2011, meninggalkan banyak kenangan. Gambar  ini dirakamkan ketika Aiza dan Kawan-kawan iaitu Hafiz dan Hadi menghadiri majlis pelancaran buku pensyarah kami iaitu Puan Raja Rajeswari. Dialah yang banyak memberikan nasihat dan juga sokongan kepada kami di institut untuk bergiat aktif di dalam bidang penulisan kreatif ini.  





Ha, yang cantik manis ini seorang novelis terkenal di Malaysia. Mesti semua kenalkan? Kak Salina Ibrahim ni sifu Aiza Mira masa MPR 2011 dulu. Banyak ilmu baharu yang diajar kepada kami. Bagi Aiza, kalau nak sampai tahap Kak Salina kita ni dalam dunia penulisan, Aiza kena belajar dan berusaha lebih kuat. Jauh lagi perjalanan dalam dunia penulisan ni untuk sampai ke tahap tu. Doa-doakan ya.






Gambar ini pula, gambar Datuk Anwar Ridhwan dan isterinya. Masa ni, Aiza menghadiri majlis borak buku yang diadakan di Coffee Bean, KL Central pada setiap hari Ahad minggu ketiga pada setiap bulan. Nak dijadikan cerita, Datuk ada bagi buku percuma (cabutan bertuah la kira..). Tuah badan, dapat la satu kat Aiza. Buku Naratif Ogonshoto siap dengan tandatangan tau! Terima kasih Datuk.





 


Gambar ni pulak, gambar dengan Kak Nisah Haron. Masa ni Aiza pergi bengkel penulisan dibawah bimbingan Kak Nisah.



Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin atau lebih mesra dipanggil Mama. Aiza tengah mintak autograf sebenarnya tu. hu..hu..


Bersama sifu Samsuddin Othman yang banyak berkongsi rahsia dan bersabar mengajar kami (MPR 2011) bagaimana mahu menghasilkan karya yang baik. Terima Kasih ;-)


Aiza dan Floe tidak melepaskan peluang bergambar dengan Abang Faizal Tehrani. Sewaktu mengikuti bengkel penulisan manuskrip anjuran Dewan Bahasa.


Semasa mengikuti pertandingan teater pendek yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan pustaka baru-baru ini. Aiza berpeluang berjumpa dengan seorang lagi penggiat sastera tanah air iaitu Saudara Khalid Salleh. Sempat bergambar kenangan sebelum beredar ke dalam dewan. Buku yang kami pegang ialah buku tulisan beliau yang bertajuk MELAYU hilang di DUNIA. 



Sempena bulan membaca, IPG kampus bahasa Melayu menjemput Ustazah Siti Norbahyah. Jadi masa ustazah nak keluar dewan tu, cepat-cepat la Aiza ambil peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersamanya. Terima Kasih Ustazah... ;-)


No comments:

Post a Comment