PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA
Showing posts with label PLANET AIZA MIRA. Show all posts
Showing posts with label PLANET AIZA MIRA. Show all posts

Thursday, October 22, 2015

#SELEPAS2TAHUN

ASSALAMUALAIKUM,

            Selepas hampir 2 tahun. Ya, 2 tahun, blog Planet Aiza Mira ni tak diserikan dengan apa-apa bentuk penulisan. 2 tahun, Aiza Mira menyepi dari blog sendiri. 2 tahun, berkunjung ke sini sekadar menyalin resepi sendiri kerana terlupa langkah dan bahannya. 2 tahun. 2 tahun.

Ok... dah.. tak payah dramatik sangat dengan 2 tahun. Hahahahaha...

            Apa yang berlaku dalam jangka masa 2 tahun? Terlalu banyak. Aiza mira dah tamat pengajian, dah konvo, dah kerja dan macam-macam lagi. Apa? Status? Ok, yang tu tak bertukar lagi, masih dengan gelaran “Cik”. Hahahahaha....

            Apa yang membuatkan Aiza Mira menyepi? Pertama, internet. Dulu masa belajar, memang langgan internet bulanan tapi dah berhenti bila habis belajar sebab kat  kampung tak dapat liputan internet syarikat tu. Lagipun bila habis belajar, memang satu jangka masa yang semput dan sempit dari segi kewangan. Internet ni satu kehendak masa tu, jadi tolak tepi. Selepas lebih kurang 4-5 bulan habis belajar, dapat kerja. Tunggu stabilkan kewangan, lepas tiga bulan baru dapat gaji dan akhirnya lebih  kurang pada bulan 9, 2014, barulah Aiza Mira langgan internet  bulanan pada telefon. Sebelum tu, gunalah internet tapi lebih tertumpu pada kerja penting dengan guna kemudahan di sekolah, beli kad wifi apartment atau lepak di cyber cafe.

            Keduanya, kesibukan. Sebenarnya banyak entri jadi draf. Faham? Macam ni, taip tapi tak siap kemaskini maklumat macam gambar, link dan perincian. Kemudian simpan kat draf dan entri tu bersawang la kat situ. Dah lama, dah jadi ketinggalan zaman entri tu.

            Ketiga, kemalasan. Kemalasan adalah sejenis penyakit. Sekian.

            Akhirnya, selepas  2 tahun, saya Aiza Mira pemilik rasmi@official blog Planet Aiza Mira akan menaiktaraf blog ini dari masa ke semasa dengan entri yang menarik dan semoga  memberi manfaat kepada semua pembaca. Peace.


Sunday, April 28, 2013

MY BIRTHDAY 22 ;-)


Sambut hari jadi saya yang ke - 22. Terima kasih kepada dua orang sahabat yang sudi menyambutnya. 




Saturday, January 12, 2013

Sebuah Kenangan


Tahun lepas, aku kehilangan seorang insan yang aku sayang iaitu Arwah Datuk. Pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar buat keluarga kecil kami. Pada aku, kenangan bersamanya akan aku kenang sepanjang hayat. 

Arwah dimasukkan ke hospital selama sebulan. Sepanjang tempoh tu, adik (Alia) bergilir-gilir menjaganya bersama emak dan teh (ibu saudara). Sungguh aku bersyukur Alia ada dikampung kerana masih belajar di tingkatan 6. Aku yang jauh di Kuala Lumpur hanya mampu bertanya khabar dan menitip doa dari kejauhan. 

Masuk minggu ke 4 di hospital, arwah dibenarkan pulang selepas Dr memasukkan wayar bagi membolehkan arwah diberi susu kerana badan arwah tidak lagi mampu menerima makanan. Namun keesokkan harinya, arwah dikejarkan kembali ke hospital kerana terdapat darah yang keluar dari saluran susu yang dimasukkan Dr. 

Aku yang berada di Mid Valley kerana mahu menghabiskan baucer buku yang terakhir pada hari terakhir penggunaannya bergegas menaiki Komuter ke Sg Buloh sehelai sepinggan apabila menerima panggilan dari ibu saudara. Tepat jam 7 malam, kami berangkat pulang ke Dungun selepas ibu saudara menjemputku di Stesen Komuter Sg Buloh. 

Aku tiba di Hospital Dungun lebih kurang jam 2 pagi. Setiba di Hospital aku mengambil keputusan untuk membantu menjaga arwah bersama Alia di Hospital. Masuk hari kedua, keadaan arwah semakin membimbangkan. Lebih kurang jam 3 petang kami membawa arwah pulang ke rumah dengan bantuan ambulance Jabatan Pertahana Awam Dungun. Hal ini kerana ambulance Hospital Dungun mempunyai pesakit lain yang perlu dihantar ke Hospital besar Kuala Terengganu. 

Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas lebih kurang sejam dibawa pulang ke rumah. Aku redha. Allah lebih menyayanginya. Banyak impian yang aku simpan untuk aku tunaikan bersama arwah. Semuanya tinggal impian. Satu kenangan yang aku simpan ialah kain pelikat yang aku belikan buat arwah pada tahun 2011 di Pasar Kedai Payang. Kain pelikat itulah yang digunakan untuk menutup jenazah arwah di rumah dan aku meminta izin untuk menyimpannya. 

Ya. Kami cucu-cucunya tidak berminat untuk bertanya atau berebut harta. Kami tidak berminat untuk berebut pusaka. Kami cuma berminat menyimpan kenangan yang lebih bernilai bersamanya. Disaat aku menulis entri ini, sungguh aku rindu pada arwah. Al-Fatihah. 



Gambar sekeluarga buat kali terakhir yang ada dalam simpanan. Gambar ni diambil masa Hari Raya Aidilfitri  (2011) lepas. 



Raya tanpa dia memang sunyi. Cumanya bagi aku, kenangan bersama dirinya sejak aku kecil sehinggalah aku dewasa sangatlah besar maknanya.

Monday, July 16, 2012

NTV7 FEEL GOOD RUN 2012

Bertempat di Bandar Utama, iaitu bersebelahan dengan tasik di bahagian belakang One Utama. Aiza dan rakan-rakan telah terlibat menjadi sukarelawan sempena NTV7 FEEL GOOD RUN 2012. Kami semua berkumpul seawal jam 4 pagi di IPG Kampus Teknik, Cheras. Kami kemudiannya menaiki bas menuju ke Bandar Utama. 

Setibanya di sana, kami perlu melapor diri dan bersiap sedia dengan menyalin pakaian kepada t-shirt larian serta sarapan pagi.
 
Tarar.. mana ada orang lagi...huhu.. 

Selepas selesai bersarapan, kami diberikan taklimat dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami semua sukarelawan daripada IPG Kampus Bahasa Melayu yang terdiri daripada Aiza, Suzieyani, Aisyah, Ain Fara, Fifi dan juga Syakira telah ditugaskan untuk menjaga bahagian 'goodie bag'.

 Posing-posing dulu yerk..lambat lagi ni sebelum waktu bertugas.




Aiza Mira dan Boboiboy ! 

Disini, semua peserta larian akan mengambil 'goodie bag' iaitu selepas mereka menamatkan larian. Sangat banyak, penuh satu khemah. hu..hu..



Bananana dan juga Si Cantik Yaya


Selesai sudah tugas sebagai sukarelawan. Sebelum balik, Aiza sempat bergambar kenangan  bersama-sama rakan-rakan lain. Harap dapat jumpa korang lagi lain kali. :-)


Mesti semua nak tahu apa kandungan 'goodie bag' tu kan. Taraa.. ni la kandungan 'goodie bag'.. Aiza juga diberikan goodie bag ini sebagai penghargaan daripada pihak pengajur. Terima Kasih ye..


Monday, June 25, 2012

Keluarga Aiza Mira

Aiza Mira mahu memperkenalkan keluarga kecil Aiza Mira. Aiza Mira anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Berusia 22 tahun dan menetap di Kuala Lumpur kerana menuntut di IPG Kampus Bahasa Melayu. Saya anak jati Terengganu dan mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang seni penulisan dan seni fotografi. Aiza akan gunakan blog ini untuk berkongsi maklumat dan minat Aiza dengan semua pengunjung blog ini.

Kalau semua hendak tahu, inilah emak Aiza.

Yang ini pula angah, adik Aiza yang kedua. Masih menuntut di tingkatan 6.

Kakak atau achik di dalam keluarga. Adik Aiza yang ketiga.


Satu-satunya hero di dalam keluarga kecil Aiza. Adik yang bongsu, inilah keluarga Aiza Mira.

Sunday, June 24, 2012

Seorang Aiza Mira

Aiza Mira ni sebenarnya nama pena yang digunakan untuk penghasilan karya kreatif sejak Aiza di tingkatan empat. Hendak dijadikan cerita, masa tu banyak nama yang direka berdasarkan nama sebenar Aiza. Cuma nama ini yang melekat sehinggalah sekarang. Namun, nama ini tidak digunakan lagi sejak Aiza mengikuti bengkel penulisan remaja tahun lepas. Sekarang genap setahun, Aiza tidak lagi menggunakan nama ini sebagai pengenalan diri apabila menghasilkan karya.

Kadang-kadang ada yang terkeliru dengan menganggap ini adalah nama sebenar Aiza kerana penggunaan nama ini digunakan untuk pelbagai urusan. Contohnya laman sesawang (facebook, twitter) dan juga nama pada baju dan badge.


Bukan mahu berselindung dengan nama samaran itu, cuma lebih selesa kerana sudah terbiasa. Macam yang semua tahu, Aiza ni memang minat bidang fotografi ni. Bagi Aiza, gambar mampu memberi seribu makna tanpa kata-kata.

Gambar juga mampu mengimbau memori sama ada memori individu di dalam gambar atau individu perakam gambar. Mungkin ada memori yang kita langsung tidak mahu mengingatinya, lalu kita koyakkan sekeping gambar yang mengingatkan kita. Padahal kita lupa, Ingatan dan jiwa kita adalah perakam memori yang kekal berbanding sekeping gambar.







Friday, June 22, 2012

Salam blogger...

Sudah lama Aiza Mira menyimpan hasrat untuk mewujudkan sebuah blog baharu menggantikan yang lama. Hasrat itu tersimpan rapi di dalam hati sehinggalah lahirnya blog ini. Aiza Mira harap semua pembaca dapat memanfaatkan intipati yang baik dan menegur jika terdapat sebarang kesalahan di dalam penulisan blog ini.
               Salam perkenalan.