Baru-baru ini, kelas Aiza telah menganjurkan satu pertandingan sahibba secara tertutup iaitu diantara pelajar semester 6 IPG KBM sahaja. Pertandingan ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti Persatuan Bahasa Melayu.
Kelas Aiza telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama sebagai penganjur, dan kumpulan kedua bertindak sebagai peserta. Huhu..Aiza dapat jadi peserta dan berpeluang bertanding dengan peserta yang lain.
Makan dan minum juga disediakan tau.
Setiap meja telah ditugaskan seorang juri dan seorang penjaga masa selaku mengadili pertandingan.
Amboi, belek kamus sampai nak cium yer... Cari jangan tak cari. Ha..ha.. Sepanjang pertandingan, Kamus Dewan diguna pakai sebagai bahan rujukan utama.
Senyuman seorang pemenang. he..he..
Ini adalah diantara kata yang dapat dibina. Semua perkataan yang dibina haruslah di dalam Bahasa Malaysia. hu..hu.. Kenapa? ada perkataan yang tidak tahu maksud ker? Apalagi, buka la kamus cari maknanya.. ;-)
No comments:
Post a Comment