PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Saturday, July 7, 2012

Fonetik Fonologi- Bunyi Diftong


BUNYI DIFTONG
Bunyi diftong ialah percantuman dua bunyi vokal yang diucapkan dengan satu hembusan nafas.bunyi ini dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal dari satu vokal yang mendahului ke vokal yang mengikutinya.walaupun begitu,bunyi vokal pertama adalah lebih lantang berbanding dengan bunyi vokal yang kedua.Diftong mesti dibezakan daripada vokal rangkap yang merupakan urutan dua vocal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan dua suku kata.Dalam pembentukan suku kata diftong tidak terpisah sebaliknya menjadi inti suku kata.

1.Diftong [ ai ]
Semasa membunyikan vokal ini kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi semasa menghasilkan bunyi vokal depan [ a ] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup [ i ].Namun begitu bahagian hadapan lidah tidaklah berada pada posisi ketika melafazkan voKal [ i ] sepenuhnya tetapi hujung lidah hanya menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnya.Kedudukan lelangit lembut dinaikkan dengan pita suara bergetar.Bentuk bibir dalam keadaan neutral dan pembukaan rahang dalam keadaan antara sederhana dan luas.
Contoh bunyi diftong [ ai ] :
[ pandai ]
[ sampai ]
[ tapai ]

2.Diftong [ au ]
Semasa membunyikan vokal ini kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi semasa menghasilkan bunyi vocal [ a ] dan secepatnya beralih kepada bunyi vocal belakang tertutup [ u ].Namun begitu bahagian belakang lidah tidak benar-benar menaik seperti mana melafazkan bunyi [ u ].Bentuk bibir pula pada mulanya tidak dalam keadaan bundar tetapi apabila hampir selesainya lafaz bunyi ini bentuk bibir menjadi bundar.hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukaan rahang antara sederhana dan luas.
Contoh bunyi diftong [ au ] :
[ pulau ]
[ kalau ]
[ kərbau ] ( kerbau )

3. Diftong [ oi ]
Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi vokal belakang separuh tertutup [ o ] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup [ i ].Namun kedudukan lidah tidak sebenarnya sampai pada kedudukan tinggi seperti melafazkan bunyi vokal [ i ].Pada geluncuran pertama bentuk bibir adalah bundar tetapi menghampar semasa hampir selesai melafazkannya.Pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah luas.
Contoh bunyi diftong [ oi ] 
[ səpoi ] ( sepoi )
[ kaloi ]
[ amboi ]



No comments:

Post a Comment