Dr
Robiah Kulop tampil sekali lagi dengan buku terbaru beliau bertajuk Menjadi
Pengurus Diri Efektif yang mensasarkan kepada golongan pembaca daripada
kalangan remaja. Buku setebal 174 halaman ini yang bernombor ISBN 983-3603-14-9 mengandungi pelbagai kemahiran pengurusan diri yang boleh
di praktikkan oleh remaja dalam kehidupan seharian. Buku keenam, keluaran PTS
Publications & Distributors SDN BHD ini telah berada di pasaran bermula
April 2006 dan boleh di miliki dengan harga Rm 12.00 bagi semenanjung manakala
Rm 15.00 bagi Sabah dan Sarawak.
Siapa
yang tidak mengenali Dr. Robiah Kulop Hamzah seorang penulis dan penceramah
yang berbakat besar.Beliau dilahirkan pada 20 0ktober 1951 di Kg Senin
Layang-layang Kanan, Parit, Perak. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam
bidang pendidikan. Beliau memulakan tugas sebagai seorang guru setelah
menamatkan latihan perguruan di Maktab
Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Cheras, Kuala Lumpur. Lantaran minat yang mendalam
dan semangat yang begitu kental beliau menyambung pengajian. Selepas itu, beliau
menyambung tugas sebagai pensyarah di beberapa buah Maktab Perguruan. Sememangnya
bakat menulis tidak beliau sia-siakan, beliau pernah terlibat sebagai Ahli
Panel Penggubalan Sukatan Mata Pelajaran dan aktif menulis untuk kegunaan DBP
dan BBT Kementerian Pendidikan.
Beliau
sememangnya banyak menerima jemputan untuk mengadakan ceramah sama ada untuk
program ilmiah atau berbentuk santai. Namun begitu, beliau masih juga aktif menulis
untuk akhbar,majalah dan kertas kerja seminar. Bakat beliau sememangnya tidak
perlu untuk dipertikaikan lagi. Walaupun dalam kesibukan beliau menguruskan
keluarga, menghadiri jemputan ceramah dan pelbagai lagi tanggungjawabnya, beliau
masih meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat di buktikan
apabila beliau masih lagi meneruskan tugas sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa
di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Malaysia.
Buku
ini memuatkan 15 bab yang berpaksikan kepada panduan asas membimbing golongan
remaja supaya mahir mengurus diri semasa bersama keluarga,rakan-rakan di
sekolah, di luar sekolah, dalam persatuan serta dalam pertemuan dan perjumpaan
formal atau tidak formal. Bab satu membawa tajuk Pentingnya Kemahiran
Pengurusan Diri. Bab ini lebih kepada pengenalan terhadap isi
kandungan buku yang menjelaskan mengapa pengurusan diri penting. Bab dua
memaparkan tajuk Asas Pembentukan Peribadi yang Ungul. Bab ini lebih menekankan
kepada aspek tatasusila dan dan sopan-santun dalam perbualan.Bab tiga mendukung
tajuk Sikap Bertimbang Rasa.Tajuk ini lebih tertumpu kepada sikap remaja terhadap
orang lain di rumah. Malah turut di tekankan sikap mereka apabila menggunakan
barangan yang perlu dikongsi bersama ahli keluarga yang lain.Bab empat pula
memaparkan cara menyayangi keluarga. Bab ini menekankan aspek menghargai dan
menyayangi ahli keluarga sendiri. Masa persekolahan meliputi sebahagian besar
dunia remaja. oleh itu, dalam Bab 5 dibekalkan panduan menjadi pelajar yang
unggul.
Jiran
adalah rakan yang paling hampir dengan keluarga. Dalam Bab 6 disediakan panduan
untuk menyayangi dan disayangi jiran. Kemahiran ini boleh di kuasai melalui
pengalaman. Bab 7 pula bertajuk Kesantunan dan Adab berkenalan yang merupakan
kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh remaja. Hal ini penting untuk
mengurangkan perasaan malu apabila bergaul dengan orang yang baru kita kenali. Bab
8 menekankan Kesantunan di Meja Makan. Tajuk ini menghuraikan cara makan
mengikut kaedah formal dan tidak formal mengiktu majlis. Selalunya, remaja
mempunyai ramai kawan dan sering menghadiri jamuan seperti jamuan hari lahir.
Oleh itu, panduan menjadi tuan rumah dan tetamu di majlis jamuan dibekalkan
dalam Bab 9. Malah menganjurkan majlis juga merupakan salah satu latihan untuk
seseorang itu bertanggungjawab dan berdisiplin dalam melaksanakan tugas. Dalam
Bab 10 dinyatakan juga amalan baik semasa bercakap melalui telefon, Walaupun
tidak bersemuka, namun adab sopan itu sendiri penting untuk menggambarkan
peribadi seseorang.
Diikuti
dengan Kesopanan Menulis Surat dalam Bab 11. Bab 12 bertajuk Gaya di Tempat Awam,ini
penting untuk di manfaatkan kerana penampilan diri seseorang itu melambangkan
jati diri dan personality individu itu sendiri. Bab 13 memperlihatkan perlakuan
bersopan semasa di pusat membeli-belah, di dalam kenderaan awam dan semasa
menaiki teksi. Bab 14 dan 15 memberikan petunjuk bagaimana menyayangi diri
sendiri dan menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa. Ini penting kerana
orang yang tidak menyayangi dirinya dan tidak tahu berbakti kepada ibu bapa
adalah orang yang sukar berjaya dalam hidup. Oleh itu, kita perlu berlatih
menyayangi diri sendiri dan berbakti kepada ibu bapa supaya kita menjadi remaja
uang unggul. Bab 16, bab terakhir, memaparkan kata-kata pedoman yang dapat dijadikan
asa pembentukan diri yang unggul. Bab ini juga memaparkan nilai-nilai positif
yang harus diamalkan oleh setiap insan dalam kehidupan.
Setelah
membaca dan memahami mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam buku
ini,dapatlah di konklusikan bahawa pengurusan diri dalam menangani hal-hal
seharian dapat membentuk jati diri kita di masa hadapan.Namun terdapat sedikit
kekurangan dalam buku ini iaitu terdapat pengulangan isi yang sama di dalam bab
yang berlainan. Namun ada juga struktur ayat yang berlainan tetapi membawa
maksud yang sama di bawah satu tajuk seperti pada muka surat 146 dan 147
dibawah tajuk ganjaran berbakti kepada ibu bapa. Isi yang ketiga iaitu “Orang
yang memuliakan ibu bapa mendapat nikmat syurga” membawa maksud yang sama
dengan isi yang ketujuh iaitu “Orang yang memuliakan ibu bapa dijamin masuk
syurga dan mendapat keredhaan Tuhan”. Ayat ini membawa maksud yang sama iaitu
ganjaran bagi orang yang memuliakan ibu bapa ialah di jamin ganjaran yang baik
di akhirat kelak.
Buku
ini juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Lukisan ilustrasi di dalam
buku ini sememangnya menarik dan merupakan salah satu tarikan pembaca untuk
membaca buku ini. Malah cara penyampaian isi juga lebih bersahaja dan akan
memudahkan pembaca untuk memahami isi tersurat dan tersirat yang ingin di
sampaikan oleh penulis. Tuntasnya, sekalung tahniah kepada penulis di atas
kelahiran buku ini.
No comments:
Post a Comment