PENGENALAN
Menurut
Mohd Zohir dan Shukri Osman ,2004 menyatakan bahawa mengajar adalah tugas utama
bagi pekerjaan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar memerlukan
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru
sebagai pekerja. Untuk menjadi mahir,
seseorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup sebelum dapat
melaksanakan tugas dalam situasi sebenar. Begitulah juga halnya dengan tugas
guru sebagai pengajar dalam bilik darjah. Semasa berada di institut perguruan
atau di universiti, di samping didedahkan dengan pelbagai pengetahuan,
bakal-bakal guru juga dilatih tentang pelbagai kemahiran mengajar.
Mengajar
boleh dijelaskan sebagai memberi arahan kepada atau berkongsi pengetahuan
antara seorang individu dengan individu yang lain. Hal ini juga boleh
dijelaskan sebagai cara memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukn oleh
murid supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos
keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta
menyediakan strategi tersebut untuk membantu murid mencapai objektif
pembelajaran yang ditentukan.
Konsep pengajaran
Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat
didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dengan
mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan ia juga
meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Pengajaran
merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek
contohnya, aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu.
Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar
ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu
pengetahuan atau kepercaaan baru. Dalam proses pengajaran aktiviti latihan atau
pelaziman merupakan satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar, manakala teknik
tunjuk ajar digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.
Ini meliputi pelbagai aspek iaitu latihan, pelaziman, tunjuk ajar yang
menukarkan tingkah laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu pengetahuan dan
kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar. Berdasarkan konsep tingkah laku yang
diilustrasikan, beliau membuktikan tingkah laku adalah berkaitan dengan konsep
ugutan dan ancaman fizikal.
Manakala konsep kelakuan pula berkaitan
dengan latihan dan pelaziman. Pengetahuan pula ialah hasil kognisi, iaitu
mengetahui atau mengajar. Sedangkan kepercayaan pula mengandungi kekurangan
bukti yang sah. Ia adalah sama dengan maklumat yang diperolehi daripada
propoganda atau dusta. Mengikut Thomas, di antara lapan konsep yang berkaitan
dengan pengajaran iaitu ugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi, mempropoganda
dan bohong dan hanya latihan, pelaziman dan mengajar boleh digolongkan dalam
kawasan kecerdasan akal dan berkait rapat dengan konsep pengajaran. Sebagai
kesimpulannya, perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialah
intruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman.
Contohnya, seperti mengajar murid dengan cara indoktrinasi tanpa memberi
penerangan seperti menghafal fakta atau menggunakan pelaziman untuk memaksa
murid belajar tanpa berfikir.
Konsep pembelajaran
Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran
sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru
membuat sesuatu kerja, dan ia kan bertugas dalam percubaan individu untuk
mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia
merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itu
bertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan
tingkah lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia
juga membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat.
Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep
pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kinidan
diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial dan
humanis. Di antara tokoh-tokoh yang
terpengaruh bagi mazhab behavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner.
Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan
tingkah laku. Teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian
dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan. Mereka telah menumpukan ujian
tersebut terhadap perperhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan
perubahan tingkah laku. Ini menunjukkan tingkah laku pelajar boleh
diperhatikan, dikawal serta diramal. Pembelajaran hanya boleh bermula apabila
wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran
akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila
perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti
Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu
proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan tidak dapat diperhatikan
secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka menekankan proses
kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain
itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses kognitif untuk
perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai objektif atau
motif tertentu. Apa yang dimaksudkan disini adalah, sekiranya ia tidak dapat
mengenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajari, walaupun melalui
latihan berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Mereka tidak bersetuju
dengan teori simulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana
stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat
pembelajaran adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam
persekitarannya.
Mazhab sosial menyarakankan teori
pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab
kognitif. Teori mazhab sosial yang dipelopori oleh Bandura, menegaskan bahawa
pembelajaran melalui proses pemodelan. Pemodelan yang dimaksudkan ialah melalui
pemerhatian atau peniruan. Pembelajaran meliputi pelbagai aspek bukan sahaja
tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman
seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif.Melalui mazhab humanis
pembelajaran manusia amat bergantung
kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza denga
individu ynag lain.
Oleh itu, strategi pengajaran dan
pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar
itu sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis, berpendapat bahawa setiap
individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri.Sebagai
kesimpulannya, ahli psikologi pada umumnya mentafsir pembelajaran sebagai proses,
melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan perubahan
tingkah laku yang agak kekal.
Secara ringkas, pembelajaran boleh
dibahagi kepada dua iaitu yang pertama, pembelajaran yang berlaku hasil
daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku
yang tidak pernah melaui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai
pembelajaran. Kedua adalah perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran yang mempunyai ciri
kekal. Ini bermakna perubahan tingkah laku buat sementara sahaja. Pembelajaran
dapat didapati mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan
yang timbul. Ia akan
Prinsip - prinsip pembelajaran
Menurut Gagne, terdapat lapan komponen
iaitu penglibatan secara aktif. Murid mesti melibatkan diri secara aktif ketika
aktiviti pengajaran. Manakala maklumat bukan disampaikan, tetapi murid itu
sendiri yang mencarinya. Selain itu, ialah perkaitan dan corak iaitu murid
berpeluang membina, menguji dan mencuba semula apa yang dipelajari. Mereka juga
mampu mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang
mempunyai kaitan dan bentuk yang tertentu. Malah, pembelajaran informal ialah pembelajaran
yang bukan berlaku di bilik darjah secara formal. Hal ini kerana boleh juga
berlaku di luar kelas atau di mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa.
Selain itu, pengalaman langsung dalam
konteks yang sebenarnya diperlukan supaya dapat
mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentang sesuatu. Sekiranya
pengajaran adalah dalam situasi yang mendesak, dengan pengalaman secara
langsung adalah dengan sesuatu yang benar-benar berlaku maka pembelajaran
tersebut akan lebih mencabar dan menarik bagi diri pelajar itu. Prinsip lain
ialah maklum balas berterusan. Prinsip ini menekankan kepentingan insentif bagi
membentuk tindakan berterusan.
Murid sepatutnya memperolehnya daripada
guru dan rakan-rakannya. Kemampuan belajar dengan sebaik-baiknya akan
diperoleh. Suasana yang menyeronokkan juga menyumbang kepada tindak balas
berterusan yang sangat efektif jika sesuatu isi pengajaran itu disampaikan
dengan suasana yang menyeronokkan. Prinsip yang terkhir ialah refleksi yang merupakan
elemen utama. Murid dapat mengawal pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan
kemahiran penilaian kendiri untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan
apakah yang perlu dibaiki.
No comments:
Post a Comment