PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Tuesday, July 17, 2012

Geografi- Hakisan 2


( b) Huraikan proses-proses hakisan di dalam alur sungai.

Proses – proses hakisan di dalam alur sungai terbahagi kepada empat tindakan iaitu hidraulik,geselan,lagaan dan larutan.

Tindakan hidraulik melibatkan penyerbuan dan hempasan air yang mengalir ke dalam struktur batuan yang lemah seperti rekahan,retakan dan lubang di tebing dan dasar sungai.Keberkesanan hakisan ini adalah dipengaruhi oleh had laju air yang mengalir.Mekanisme proses hakisan ini melibatkan pencukilan keluar butiran batuan daripada struktur yang semakin lemah.Aliran air yang deras akan menghasilkan kuasa yang kuat untuk melakukan hakisan secara tindakan hidraulik.Umumnya,proses ini sangat giat berlaku apabila air mengalir deras dalam bentuk turbulen dan proses eddi terutama di bahagian air terjun,jeram dan lubang periuk.

Manakala proses geselan merujuk kepada kegiatan geselan antara muatan sungai dengan air sungai terhadap tebing dan dasar sungai.Muatan sungai yang menyebabkan berlakunya tindakan ini ialah ketulan batu kelikir dan butiran pepejal yang kasar seperti pasir.Lelasan biasanya dapat melicinkan ketulan batuan yang berbucu tajam kepada yang lebih bulat dan licin permukaannya seperti batu kerikil.Malah bekalan muatan ini bergantung kepada keberkesanan proses-proses luluhawa dan pergerakan jisim di sepanjang lurah sesuatu sungai.Lelasan boleh mendalam dan melebarkan alur sungai.

Selain itu,proses hakisan lagaan berlaku akibat pergeselan di antara muatan yang terdapat di dalam sungai yang berlaga sesama sendiri serta dengan tebing dan dasar alur sungai semasa pengalirannya.Oleh sebab itu,maka ketulan batuan yang besar boleh mengalami penghausan dan akhirnya muatan di yang dibawa oleh aliran sungai menjadi semakin mengecil.Malah dinding dan dasar alur sungai juga boleh mengalami retakan bergantung kepada keras-lembut muatan yang dibawa.Pada amnya,kekuatan proses ini bergantung kepada kelajuan arus sungai yang membawa muatan yang diseret sehingga menyebabkan berlakunya lagaan.


Akhir sekali hakisan melalui proses larutan bermakna tindak balas secara kimia antara air sungai dengan mineral geologi yang membentuk tebing dan dasar alur sungai.Sekiranya batuan dinding tebing dan dasar alur sungai terdiri daripada geologi yang lembut seperti batu kapur,gypsum,dan dolomit maka ia mudah mengalami larutan.Malah air sungai bertindak sebagai pelarut akan melarutkan mineral-mineral batuan dan dialirkan bersama-sama dengan aliran sungai.Proses ini menhasilkankan struktur dan tekstur batuan tebing serta dasar alur sungai yang lebih longgar dan tidak stabil seterusnya mudah runtuh.Keberkesanan proses ini bergantung kepada keasdian air sungai dan darjah pergerakan mineral geologi yang membentuk tebing dan dasar alur sungai tersebut(mobility mineral) apabila ia bertemu dengan air sungai.

Geografi- Hakisan


1 (a) Bezakan proses hakisan galir dengan hakisan galur.
Terdapat beberapa perbezaan di antara proses hakisan galir dan hakisan galur yang dapat dijelaskan seperti dalam jadual di bawah :

Hakisan galir
Hakisan galur
*               Galir adalah merujuk alur-alur air yang kekal,bertebing curam dan berisi air semasa hujan lebat.
*       Galur ialah satu unit alur yang paling kecil terbentuk di atas permukaan cerun dan ia bersifat sementara.
*               Alur –alur ini lebih besar daripada gegalur dan biasanya kekal lebih lama.
*       Galur terbentuk akibat hujan yang lebat tetapi tidak kekal lama dan akan terhapus selepas hujan yang berikutnya.
*               Hakisan di dalam alur adalah merujuk kepada hakisan sungai dan percantuman alur-alur di dalam suatu kawasan itu akan membentuk satu sistem sungai.
*       Hakisan terhasil daripada baki air yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara,yang meresap ke dalam bumi dan juga yang digunakan oleh tumbuhan selepas kerpasan (hujan)berlaku
*               Melalui alur-alur inilah air akan mengalir daripada kawasan yang tinggi (hulu) menghala ke kawasan rendah (hilir).
*       Aliran air akan  menuruni cerun-cerun menuju ke kawasan yang lebih rendah kemudian dimendapkan.
*               Semasa air mengalir,tebing dan dasar alur-alur tersebut akan mengalami penghausan,peruntuhan,pelebaran,pendalaman akibat proses hakisan air sungai ke atasnya.
*       Air yang bertakung di permukaan cerun bertindak sebagai penghakis,penghaus,memusnahkan partikel-partikel tanah.

Monday, July 16, 2012

Coslow @ Salad



Bahan-bahan (dipotong dadu ) :
Bawang merah
Kubis
Lobak Merah
Mayonis

Semua bahan diatas, diotong dadu dan digaul bersama. Taraa..dah siap. 


*Boleh ditambah dengan bahan lain mengikut kegemaran seperti tomato, isi ayam dan sebagainya.

Archidex 12

Bersempena 'Archidex 12' bertempat di KLCC. Sahabat baik, Aiza Mira minta untuk menemankannya ke sana. Hu..hu.. 


Banyak ilmu baharu yang Aiza dapat perolehi sepanjang mengunjungi karnival ini.


Ini adalah model yang menarik perhatian. He..he.. kenapa? Sebab binaan model ini mengambil ilham daripada tempat kediaman watak utama di dalam drama Secret Garden. 


Model ini pun unik.
Maira dan Eajin melihat pameran dengan penuh khusyuk. Ha..ha..

Cantik ! Binaan pameran yang disediakan juga adalah melambangkan kemahiran dan perkhidamatan yang disediakan oleh syarikat berkenaan.

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan memotong pelbagai jenis bahan mengikut bentuk yang dikehendaki oleh pelanggan.

Aiza sangat tertarik dengan mesin printer besar ni. Memandangkan Cik Aiza ni Cikgu yang tak tahu pasal dunia jurutera ni. Maka Cik penasihat Maira perlu menjelaskan apakah fungsi printer besar ni.

Sebenarnya, printer ini digunakan untuk print lukisan grafik atau pelan ke atas kertas yang bersaiz besar. Oooo.. baharuku tau..he..he..

Ha..pilih, nak yang mana satu..hik..hik..

Gambar di bawah ni pula, gambar mesin jahit permaidani atau karpet. Sangat teruja. Ye la..tak payah pergi kilang, boleh tengok macam mana rupa mesin jahit karpet dan bagaimana ia berfungsi.


Ini pula, almari idaman Aiza. Almari yang daripada luarnya, kita akan nampak seperti dinding. Apabila dibuka, taraa..


Cik Maira bergambar dalam sebuah kedai coklat. 



Gambar kenangan sebelum balik dan juga 'goodie bag' yang menjadi kenangan. hu..hu.. ;-)

Pertandingan Sahibba- PISMP 6C

Baru-baru ini, kelas Aiza telah menganjurkan satu pertandingan sahibba secara tertutup iaitu diantara pelajar semester 6 IPG KBM sahaja. Pertandingan ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti Persatuan Bahasa Melayu.







Kelas Aiza telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama sebagai penganjur, dan kumpulan kedua bertindak sebagai peserta. Huhu..Aiza dapat jadi peserta dan berpeluang bertanding dengan peserta yang lain.




Makan dan minum juga disediakan tau.


Setiap meja telah ditugaskan seorang juri dan seorang penjaga masa selaku mengadili pertandingan. 






Amboi, belek kamus sampai nak cium yer... Cari jangan tak cari. Ha..ha.. Sepanjang pertandingan, Kamus Dewan diguna pakai sebagai bahan rujukan utama.



Senyuman seorang pemenang. he..he..




Ini adalah diantara kata yang dapat dibina. Semua perkataan yang dibina haruslah di dalam Bahasa Malaysia.  hu..hu.. Kenapa? ada perkataan yang tidak tahu maksud ker? Apalagi, buka la kamus cari maknanya.. ;-)

NTV7 FEEL GOOD RUN 2012

Bertempat di Bandar Utama, iaitu bersebelahan dengan tasik di bahagian belakang One Utama. Aiza dan rakan-rakan telah terlibat menjadi sukarelawan sempena NTV7 FEEL GOOD RUN 2012. Kami semua berkumpul seawal jam 4 pagi di IPG Kampus Teknik, Cheras. Kami kemudiannya menaiki bas menuju ke Bandar Utama. 

Setibanya di sana, kami perlu melapor diri dan bersiap sedia dengan menyalin pakaian kepada t-shirt larian serta sarapan pagi.
 
Tarar.. mana ada orang lagi...huhu.. 

Selepas selesai bersarapan, kami diberikan taklimat dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami semua sukarelawan daripada IPG Kampus Bahasa Melayu yang terdiri daripada Aiza, Suzieyani, Aisyah, Ain Fara, Fifi dan juga Syakira telah ditugaskan untuk menjaga bahagian 'goodie bag'.

 Posing-posing dulu yerk..lambat lagi ni sebelum waktu bertugas.




Aiza Mira dan Boboiboy ! 

Disini, semua peserta larian akan mengambil 'goodie bag' iaitu selepas mereka menamatkan larian. Sangat banyak, penuh satu khemah. hu..hu..



Bananana dan juga Si Cantik Yaya


Selesai sudah tugas sebagai sukarelawan. Sebelum balik, Aiza sempat bergambar kenangan  bersama-sama rakan-rakan lain. Harap dapat jumpa korang lagi lain kali. :-)


Mesti semua nak tahu apa kandungan 'goodie bag' tu kan. Taraa.. ni la kandungan 'goodie bag'.. Aiza juga diberikan goodie bag ini sebagai penghargaan daripada pihak pengajur. Terima Kasih ye..


Bulb

Ini kali pertama cuba teknik 'bulb' ni.. sebenarnya tak tahu sangat. Ini pun kawan yang ajar. huhu..


Dah lama sangat tak keluar untuk fotografi di malam hari. Kebetulan minggu lepas, Aiza berpeluang ke Bukit Ampang. Jadi ni la hasilnyer.






Tak tahulah nak kata macam mana. Ada yang jadi, ada yang kurang menjadi. He..he.. apa pun saje nak kongsi kat sini..kalau boleh otai-otai fotografi komen la yer.. bagi nasihat sikit..