PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Saturday, January 12, 2013

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


Strategi Pengajaran
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan.

Konsep Strategi
     Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan , terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru.

Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

Kaedah dan Teknik Pemusatan Guru
    Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini guru memainkan peranan yang utama. Di dalam bilik darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pengajaran, iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk mendengar. Kaedah  penerangan, demonstrasi, syarahan, pengajaran berkumpulan atau berpasukan, pengajaran mikro, bercerita dan keseluruhan kelas merupakan kemahiran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro dan menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

Ciri-ciri strategi pemusatan guru.
     Ciri pertama ialah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru memainkan peranan yang penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Selain itu, komunikasi dan interaksi di antara murid dan guru adalah sehala. Guru banyak bercakap dan guru banyak mendengar. Malah ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang menyumbang pendapat mereka. Guru juga bertindak mengawal dan memberi arahan. Tambahan pula, Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
      Ciri lain ialah penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. Selain itu penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat atau menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif dan kurang berupaya membuat interprestasi. Interprestasi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian. Ciri yang terakhir ialah di bawah strategi pemusatan guru murid-murid kurang kreatif dan tidak berinitiatif.

Kaedah dan Teknik Pemusatan Murid
     Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau secara individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan, pembelajaran melalui pengalaman menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid.
ciri-ciri strategi pemusatan murid.
       Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Malah komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal atau membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka. Tambahan pula, ciri kepimpinan adalah guru secara demokratik. Murid –murid sentiasa digalakkan berbincang dan murid memberi pendapat. Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran  lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Strategi ini juga mementingkan perkembangan murid secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani. Malah ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerapkali digunakan bagi membaiki dan mengkaji kelemahan murid. Penyampaian guru juga ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan. Selain itu, peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat sosial yang positif  seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong jelas dapat dipupuk. Strategi ini mementingkan pengelolaan kedah kumpulan . Malah, perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian. Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid menunjukkan sifat keratif dan berinisiatif

Strategi Pemusatan Bahan
     Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh para guru seperti carta, garaf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajarn seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat-alat dan komputer. di bawah strategi pemusatan bahan pelajarn, bahan pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
     Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan ebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Di antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesin-mesin pengajar seperti komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak.

Ciri-ciri strategi pemusatan bahan  pelajaran.
     Dalam aktiviti pengajaran bahan pelajaran memainkan peranan penting.Guru dan murid perlu bergantung sepenuhnya kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi dan interaksi memang berlaku di antara guru dengan bahan pengajaran atau di antara murid dengan bahan pembelajaran. Malah, strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan Kecekapan dan kemahiran penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Strategi ini juga menekankan perkembangan jasmani, rohani, dan kognitif. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.
      Melalui latihan penggunaan bahan pembelajaran, murid dapat membina kemahiran mereka dengan penggunaan alat bantu mengajar. Disamping itu, dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajarn tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Selain itu, pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna, menarik serta berkesan. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak.Hal ini kerana, sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran supaya menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji. Selain itu, strategi pemusatan bahan pelajaran juga mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar.Dengan adanya bahan-bahan pelajaran,ilmu pngetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit.

Ciri-ciri  strategi yang baik.
     Mempelbagaikan bentuk dan cara aktiviti pelaksanaan. Malah meningkatkan kesan ingatan jangka  panjang murid. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok, harmoni dan berkesan. Malah dapat menajamkan daya fikir dan kreativiti. Selain itu, dapat meningkatkan komunikasi dan interaksi yang berkesan. Malah dapat juga mengelak rasa terancam atau tidak selamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment