PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Wednesday, July 4, 2012

Gambar Aktiviti Extreme

Banyak aktiviti extreme yang biasa dilakukan. Aiza salah seorang peminat aktiviti sebegini dan bukan mudah untuk merakamkan gambar ketika aktiviti ini dijalankan. Cuaca, keselamatan dan banyak lagi faktor yang perlu diambil kira. 

Aiza pun bukanlah seorang yang mahir atau selalu merakam gambar bagi aktiviti extreme. Aiza juga masih memerlukan tunjuk ajar dari otai-otai jurufoto di luar sana. Aiza tak nak sembang banyak, kita layan gambar aktiviti extreme yang ada dalam koleksi Aiza. 





pendekatan Induktif dan Deduktif

Perbezaan pendekatan induktif dan deduktif



INDUKTIF
DEDUKTIF
Takrif

Ee Ah Meng (pedagogi 2, pelaksanaan pengajaran) cara mendekati sesuatu.Cara objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu pelajaran.
Suatu pengajaran yang dimulakan dengan melihat hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan diaplikasikan menjadi suatu fakta.
Konsep

- memperkenal pengetahuan dan memberi pengalaman
- membentuk satu kesimpulan umum
- memperkenal pengetahuan dan pengalaman

- selaras dengan teori pembelajran Gestalt
- lebih menekankan aspek tulisan
- Pelajari sesuatu berdasarkan hukum


Ciri-ciri
-penglibatan murid secara aktif
-suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
-bimbingan dan bantuan guru diperlukan

-Mementingkan pengetahuan terhadap murid
-Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.
Kaedah
 (-kenalpasti bahan mengikut masa.
-Tetapkan bbm dan susunkan mengikut langkah.)
·        terus atau semulajadi
·        oral-aural
·        lingusitik
·        fonetik

·        lingusitik
·        semulajadi
·        terus

Teknik

Berbincang-perbualan antara pelajar
Branstoarming-berfikir secara kreatif dan aktif bagi melahirkan pendapat
Soal Jawab-interaksi antar guru dan pelajar.

Main peranan-gambaran terhadap situasi@pengalaman secara spontan
Bercerita- guru =cerita + isi pengajaran
Lakonan/Drama- jalan cerita
Tunjuk Cara-pertuturan yang betul, guru guru memberi panduan.

Kelebihan
-        Cara yang mudah untuk pelajar memahami pelajaran
-        Menjimatkan masa dan tenaga

Cara pelaksanaan dalam pengajaran dan pembelajaran

Mengecam huruf vokal dalam perkataan

1) Guru menunjukkan kad gambar dan kad perkataan kepada pelajar.
2) Guru meminta pelajar memadankan perkataan dan gambar yang diberikan.
3) Guru meminta pelajar menyebut perkataan yang ditunjukkan.
3) Guru meminta pelajar mencari dan menyebut huruf vokal yang terdapat dalam perkataan tersebut.
5) Pelajar diminta untuk melakonkan sebarang aksi berpandukan perkataan yang mengandungi huruf vokal yang diberikan oleh guru
6) Guru dan pelajar berbincang tentang huruf vokal yang terdapat dalam perkataan tersebut.



Resipi Udang Petai


Aiza nak ajar cara masak salah satu lauk kegemaran Aiza ni. Udang sambal petai. hu..hu..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut :
(Hidangan empat orang makan)

3 Sudu besar minyak masak
3 Sudu besar bawang merah (2 biji)
1/2 Sudu bawang putih (2 ulas)
2 Sudu Cili Giling/Cili Boh
3 Papan petai (ambil isinya sahaja atau ikut kesukaan)
1/2 Kg Udang.

Bahan perasa :
Gula
Garam

Cara Memasak :

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili boh sehingga garing atau pecah minyak.


2. Kemudian masukkan bahan perasa iaitu garam dan gula. Masukkan secukup rasa. 
3. Masukkan udang dan tunggu sebentar.
4. Setelah udang kelihatan kemerah-kemerahan atau sudah hampir masak, baharulah dimasukkan petai.
5. Tunggu sekejap, lebih kurang 2 minit. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidang.


Taraa.. selamat mencuba. ;-)


Cup Cakes

Aiza teringin nak belajar hias Cup Cakes. Kebetulan pula, ada jualan di tempat Aiza belajar dan ada menjual cup cakes. Gerai tu menawarkan peluang untuk kita hias sendiri cup cakes tersebut. Kalau tak nak, dia boleh tolong hiaskan atau pilih sahaja yang dah siap kat situ. Harga tetap sama.

Nak dijadikan cerita, pagi tu, Aiza ada kelas komputer dengan seorang pensyarah ni kat makmal. Tengah-tengah kuliah ni, Aiza asyik terpikir macam mana nak hias cup cakes saje. Oleh sebab rasa terganggu dan teruja yang teramat. Aiza pun search la contoh-contoh yang ada kat internet. Habis je kuliah tu, terus pergi gerai cup cakes dan cuba. Ha..ha.. lawak betul.


Taraa.. percubaan pertama hias cup cakes. Cup cakes yang sebelah kanan tu gambar apa? Nampak tak apa yang Aiza cuba buat kawan-kawan? Ermm.. saya faham kalau anda tak nampak. Ha..ha.. Sebenarnya nak hias muka singa tu. Ada rupa singa tak?

Tuesday, July 3, 2012

Skrip Langkah Kemerdekaan

TEMA

Tema drama ini ialah semangat patriotisme yang membara di kalangan pemimpin dan rakyat tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Drama ini berkisarkan tentang rentetan daripada kemenangan parti perikatan di dalam pilihan raya yang telah membawa kepada rundingan untuk menuntut kemerdekaan. Lantas, satu rombongan yang di sertai oleh wakil parti perikatan, raja-raja melayu dan pegawai British di tanah Melayu telah bertolak ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada pihak kerajaan British.


Watak

Pegawai 1
Pegawai 2                  Pegawai British Di London
Pegawai 3

Tunku
Dr.Ismail                                   Wakil Parti Perikatan
Kolonel H.S Lee
Dato’ Abdul

Dpbg                Dato’ Panglima Bukit Gantang,Wakil Raja-Raja Melayu

Kerani              Kerani Di Pejabat Kerajaan British Di London.

SKRIP.


( Kelihatan sebuah bilik bersaiz sederhana yang mempunyai sebuah meja besar
yang dikelilingi kerusi.Susun atur dan perhiasan di dalam bilik itu bertemakan gaya
inggeris.)

PEGAWAI 1          : ( berjalan masuk ke bilik itu,diikuti oleh dua orang pegawai yang lain ) kamu sudah tahu yang wakil daripada Tanah Melayu mahu datang ke mari untuk menuntut kemerdekaan?

PEGAWAI 2           : ( mengangguk-ngangguk ) apa harus kita lakukan ?

PEGAWAI 1           : Kita tidak boleh menghalang penduduk Tanah Melayu daripada    menuntut kemerdekaan untuk negara mereka.

PEGAWAI 3       : ( mengeluh,terdiam seketika,kemudian berkata lagi dengan harapan    baru) tetapi kita harus mengekalkan kepentingan di Tanah Melayu.Kita masih berhak ke atas perkembangan ekonomi yang telah kita lakukan.

PEGAWAI 1           : Benar,tetapi Tanah Melayu bukan milik kita.

  PEGAWAI 2            : ( Kasar ) Apa maksudmu Tanah Melayu bukan milik kita? kita yang   membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun.bukankah kita yang telah memerintah…

PEGAWAI 1           : ( Sinis) atau menjajah…

PEGAWAI 3      : Jadi maksudmu,kita harus membebaskan Tanah Melayu. Bagaimana  dengan kepentingan kita disana?

PEGAWAI 1     : Aku fikir lebih baik kita tunggu kedatangan rombongan mereka.selepas itu,barulah kita memutuskan keputusan yang harus kita ambil.


( Suasana yang tegang menjadi semakin tenang.masing-masing berdiam
diri.Seketika kemudian kedengaran pintu bilik diketuk.)

KERANI                  : Tuan,rombongan daripada tanah melayu telah tiba.

PEGAWAI 1            : ( Berdiri sambil membetulkan pakaiannya) suruh mereka  masuk.

TUNKU                   : Selamat pagi,tuan.

SEMUA PEGAWAI : ( Serentak,sambil menghulurkan tangan untuk bersalam ) Selamat pagi,sila masuk.

( Semua pegawai dan ahli rombongan daripada Tanah Melayu mengambil tempat
masing-masing.)

TUNKU                    : Kedatangan kami ke mari adalah untuk membincangkan tentang status Tanah Melayu.Kami berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk pihak British menyerahkan semula Tanah Melayu kepada penduduknya.

PEGAWAI 3            : Adakah kamu merasa sudah mampu untuk mentadbir Tanah Melayu ?

TUNKU                    : Kami yakin mampu mentadbir  Tanah Melayu,tetapi kami masih memerlukan pertolongan daripada pihak British.

PEGAWAI 1             : Pertolongan yang bagaimana kamu maksudkan?

TUNKU                    : Pertolongan daripada segi sistem pentadbiran dan pihak Parti Perikatan mahu menuntut beberapa perkara dengan pihak British.

PEGAWAI 2             : Apa yang pihak Parti Perikatan mahukan?

Dr.ISMAIL                : Kami mahu jawatan Setiausaha Kewangan sekarang digantikan dengan Menteri Kewangan dan disandang oleh rakyat Tanah Melayu.

     DATO’ ABDUL         : Menteri Hal Ehwal Ekonomi digantikan dengan seorang rakyat Tanah Melayu.

KOLONEL H.S LEE  : Menteri Pertahanan juga dilantik dari kalangan rakyat Tanah Melayu menggantikan pengarah gerakan yang dijawat oleh Pegawai British sekarang.Menteri Pertahanan juga akan menjadi Pengerusi Majlis Gerakan Darurat.

PEGAWAI  2              : ( mengangguk-angguk ) Tuntutan-tuntutan ini mempunyai kepentingan tersendiri bersesuaian dengan status Tanah Melayu yang ke arah bernegara sendiri.

PEGAWAI  1              : Kami juga bimbang untuk melepaskan Tanah Melayu.Tanah Melayu mempunyai penduduk yang berbilang kaum.Mampukah semua kaum hidup harmoni sesama mereka di Tanah Melayu?

DPBG                         : Penduduk di Tanah Melayu mampu bekerjasama dan hidup aman damai.Pihak raja-raja di Tanah Melayu telah bersatu dengan rakyat untuk memastikan kesepakatan dalam hal ini dapat dicapai.

PEGAWAI 3               : Bagaimana dengan kepentingan british di Tanah Melayu ?

TUNKU                       : Pihak British jangan bimbang,kami cuma mahukan kemerdekaan Tanah Melayu.Kepentingan pihak British di Tanah Melayu iaitu semua perniagaan masih boleh dijalankan seperti biasa.


PEGAWAI 3                : Bagaimana pula dengan pangkalan tentera kami di Tanah Melayu ?

TUNKU                       : Pangkalan tersebut masih dikekalkan.Maka,pihak Britsh akan melindungi Tanah Melayu.Bagaimana pula dengan tuntutan yang dibuat oleh pihak Parti Perikatan,adakah pihak British bersetuju.

PEGAWAI 1                : Pihak kami berjanji akan memenuhi permintaan itu.

PEGAWAI 3                : Kita telah mencapai kata sepakat berhubung perkara ini.Perjanjian ini kita namakan perjanjian London dan Persekutuan Tanah Melayu akan mendapat kemerdekaan pada 31 0gos 1957.

Bicara gambar

Bagaimana sekeping gambar boleh bercerita? Gambar bukan macam video boleh rakam suara yer kawan-kawan. Maksud Aiza di sini ialah, bagaimana gambar itu mempunyai cerita yang tersendiri. Kadang-kadang kita rakam sekeping gambar tanpa ada apa-apa tujuan.

Di kemudian hari apabila kita melihatnya kembali mungkin kita mendapati ada cerita yang tersirat di sebalik rakaman gambar tersebut. Mungkin kita rasakan sesuatu itu cantik, lalu kita mahu mengabdikannya di dalam bentuk sekeping gambar. Siapa tahu.


Apa cerita di sebalik gambar ini? Aiza lemas di dalam tempayan? Aiza sedang meminta pertolongan kerana dalam kesusahan? Salah. Salah. Salah.

Aiza sebenarnya melompat di bahagian belakang tempayan. Aiza yang sememangnya tidak berapa nak tinggi ni, teringin nak ambil gambar di samping tempayan yang cantik dan besar ni. Oleh sebab itu, Aiza melompat dan gambar ini dirakamkan. Setiap gambar ada cerita. Sama ada kita yang menafsirnya atau biarkan gambar itu sendiri yang berbicara.


Cuma kadang kala jangan biarkan bicara gambar menipu akal fikiran kita. Bicara gambar tidak semestinya merakam jawapan pasti kepada setiap persoalan kita. Jangan kita ditipu dan tertipu dengan bicara sekeping gambar.

Monday, July 2, 2012

Abraham Lincoln: Vampire Hunter dan Pameran Mickey Mouse- Mid Valley

Hari ni Aiza ringan kaki berjalan ke Mid Valley untuk tengok wayang. Kami tengok cerita ni :


Abraham Lincoln: Vampire Hunter.

Release Date: 21 June 2012

Language: English

Subtitle: Malay / Chinese

Genre: Thriller / Horror

Running Time: 1 Hour 45 Minutes

Director: Timur Bekmambetov

Cast: Benjamin Walker, Rufus Sewell and Dominic Cooper


Synopsis: Abraham Lincoln: Vampire Hunter explores the secret life of one of the greatest US presidents, and the untold story that shaped a nation. Visionary filmmakers Tim Burton and Timur Bekmambetov (director of Wanted) bring a fresh and visceral voice to the bloodthirsty lore of the vampire, imagining Lincoln as history's greatest hunter of the undead.

Oleh sebab waktu tayangan yang kurang sesuai iaitu terlalu lambat untuk 2D. Jadi Aiza ngan kawan-kawan tengok yang biasa sahaja. Cerita ni sangat menarik dan tak rugi la bayar duit tiket.. (klise giler ayat..ha3..). Senang cerita, kalau rasa mahukan kelainan dalam sebuah filem, Aiza boleh cadangkan cerita ni. Penuh dengan debaran sepanjang menonton cerita ni.

Kita tutup buku bab cerita Abraham Lincoln: Vampire Hunter. Kebetulan pulak, kat Mid Valley ada pameran Mickey Mouse. Jadi sempatlah Aiza berposing-posing ambil gambar patung-patung Mickey Mouse yang ada di sekitar perkarangan Mid ni.
Patung yang ini paling sweet. Comel kan?
Ini patung yang paling Aiza berkenan. Kenapa? Entah.. Sebab.. dia warna biru kot. Aiza ni ada masalah sikit dengan warna ni. Terlebih genetik warna biru. Semua benda yang berwarna biru nampak cantik. Memang warna kegemaranlah kata orang. Sampaikan boleh kire berapa kali je warna baju raya Aiza yang warna lain selama 22 Tahun ni. Tahun yang lain tu, semua warna biru. He..he..



Roomate aku pun nak bergambar ngan Mickey yang comel ni. Ni Liana, roomate Aiza kat maktab. Dia yang menjadi mangsa untuk mengambil gambar bila Aiza plak nak posing...huhu..terima kasih la yer cik Liana oii...


Rasa cam nak angkut bawak balik pun ada. Comel-comel semua patung ni. Sangat kreatif.


The biggest one ;-)

Taraaa... Mane lagi comel? Aiza atau Mickey ? hah? apa dia? xdgar la?
AIZA COMEL ? yER,..TAHU...HA3...

Tengok wayang sudah, jalan-jalan sudah, posing-posing pun sudah. Makan time ! Oleh sebab Food Court tutup sebab penyelenggaraan. Maka hancur berkecai la harapan Aiza dan kawan-kawan untuk melepaskan kempunan makan Pepper plate. Bincang punyer bincang. Diorang semua setuju untuk makan kat tempat pilihan Aiza iaitu Popeyes. Aiza sebenarnya pertama kali makan kat situ.

 Popeyes ni terletak betul-betul berhadapan dengan McDonald's. Kalau belum cuba, bolehlah cuba ye. Aiza suka kentang goreng ngan fillest fish dia. Nyam..nyam..


Penat sudah jalan-jalan, pusing-pusing planet. Aiza tinggalkan korang semua dengan gambar posing perasan Aiza ni. Bye..see you..