PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Thursday, September 5, 2013

ANTOLOGI KALAM PERTAMA, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.


Antologi ini merupakan antologi yang ketiga Aiza. Namun, antologi ini merupakan yang pertama di terbitkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.

keratan akhbar mengenai antologi ini.



Antologi ini dihasilkan bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Buku ini merupakan buah tangan pertama yang menghimpunkan semua karya penulis semasa menyertai Minggu Penulis Remaja 2011, di Melaka.

Harapan Aiza, semoga di masa akan datang, lebih banyak karya yang dapat Aiza hasilkan dan dapat diberi peluang untuk bekerjasama dengan pihak Dewan Bahasa lagi. Perasaan melihat antologi ini di rak buku merupakan perasaan yang tak dapat digambarkan.  

ANTOLOGI RUNTUHNYA EMPAYAR CINTA, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU.

Antologi ini merupakan antologi kedua yang memuatkan karya Aiza  dan diterbitkan oleh pihak institut. Antologi ini memuatkan hasil karya ahli-ahli kelab penulisan kreatif di IPG Kampus Bahasa Melayu. 


Memandangkan tidak lama lagi, Aiza bakal menamatkan pengajian, antologi ini mungkin menjadi yang terakhir sepanjang Aiza bergelar guru pelatih di sini.

ANTOLOGI MEMORABILIA SEMUSIM, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Antologi ini merupakan antologi pertama Aiza yang diterbitkan oleh pihak institut. Antologi ini mengambil masa hampir setahun setengah untuk disiapkan. 

Aiza telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai editor antologi ini. 

Gambar kenangan bersama pensyarah penasihat,
DR. MASHUDI BAHARI.

Bersama rakan-rakan penulis yang lain ketika majlis pelancaran dan penyampaian naskah antologi ini. 

Semua penulis di dalam antologi ini merupakan rakan sekelas Aiza iaitu para pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu, PISMP C, ambilan januari 2010.


UDANG MASAM MANIS

UDANG MASAM MANIS.


Bahan-bahannya :

500 gram udang
2 sudu cili boh
3 sudu bawang merah- kisar
1/2 sudu bawang putih - kisar
1/2 inchi halia - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
bawang merah - hiris
timun - hiris dadu
2-3 sudu sos cili
2-3 sudu sos tomato
minyak
bahan perasa


Cara menyediakannya :

1) Tumiskan cili boh, dan semua bahan yang dikisar sehingga naik bau.



2) Selepas pecah minyak, masukkan halia dan bawang putih yang dihiris dan kacau rata.


3) Masukkan sos cili dan sos tomato serta bahan perasa.


4) Masukkan pula, bawang merah, timun dan udang. 


5) Tunggu sehingga udang masak dan sedia untuk dihidang.


AIS KRIM KOREA - OiSO, Bangsar.


Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe, ni terletak di Bangsar. Ni alamat dia :
G-3, Ground Floor, The Sphere, Jalan Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur, Kerinchi, 59200 , Kuala Lumpur

Kedai ni, ada beberapa outlet lain lagi, boleh cari di laman sesawang.



Kalau pergi Oiso ni, atau kebetulan lalu mesti nak makan ais krim kat sini. Ha..ha.. kat sini ada jual ais krim korea. Ais krim kat sini brand BINGGRAE...

Memang sedap dan boleh makan sambil berangan konon - konon kat korea.. ha..ha.. 
Ais krim Pop top, ni memang kesukaan dan yang pertama la Aiza cuba.
Sebab pertama, Aiza pernah tengok ais krim ni banyak kali dalam filem atau drama korea menyebabkan rasa berminat tu sangat tinggi. ha..ha.. 

Harga ? tak mahal pun rm 3.50 satu.





Samanco ni pun sama. Cuma ais krim ni ada kulit luar macam biskut tapi bentuk ikan.
Sedap sangat, ais krim dia ada 2 lapisan, ais krim vanilla dan lapisan kacang merah. 
Ais krim yang ni harga dia rm5.50.



Ais Krim memang kesukaan Aiza la, cuma tak boleh makan selalu. Maklum la ada asma.. tapi kalau dah degil tu makan je..hu2..

KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN


Kelip-kelip kampung Kuantan ni terletak di Kuala Selangor, Selangor. Dah lama dah pergi tempat ni, tapi baru sekarang nak cerita kat sini, pengalaman pergi sana. 

Kami pergi 2 buah kereta masa ni, semua perempuan. Masa ni, trip rumah sewa dan praktikum. Dalam kesibukkan praktikum tu, alang-alang semua dah jauh praktikum ke kawasan kuala selangor, macam rugi pula kalau tak berkunjung ke sini.




Kami pergi ni, main redah je. Jadi main tengok papan tanda la kiranya. Masa ni, baru jumpa papan tanda pertama di satu traffic light. Kalau ada yang nak berkunjung kesana, ikut papan tanda je mesti jumpa. Tak pun, GPS kan ada.. hu3..

Akhirnya, lebih kurang jam 10.00 malam, kami sampai ke sini.



Sampai-sampai je, kami dah risau sebab terserempak dengan pengunjung lain yang dah beransur. Cuak woo..dari jauh kami datang (kami dari Bukit Beruntung masa ni) sekali dah tutup ke? 

Rupanya bukak lagi.. Cuma kami ni kategori lambat la, dan memang malam tu, kami ni pengunjung terakhir. Ha2..


Harga nak naik sampan dekat sini, RM 50 satu sampan. Satu sampan muat 4 orang. Bila beli tiket ni, dapat percuma satu botol air mineral sekali.
Kami semua 8 orang, cukup untuk naik 2 buah sampan. 



Sepanjang jalan menuju ke jeti, banyak tempat duduk, papan tanda yang tersedia di kiri dan kanan laluan. Semua maklumat penubuhan pusat ni, penjagaan dan pembiakkan kelip-kelip di catatkan. Boleh baca sendiri.




Ini papan tanda peraturan atau amaran semasa berada di kawasan ni.




Bersedia pakai jaket keselamatan, kat belakang tu bot-bot yang akan membawa kami menyelusuri Sungai Selangor dan tengok dengan lebih dekat lagi kelip-kelip ni. Oleh sebab, kami pengunjung terakhir, dah tak ada pengunjung lain, agak lama jugalah kami diatas bot tu. 

Kita tak dibenarkan ambil gambar kelip-kelip ni, jadi memang tiada gambar kelip-kelip dan diatas bot. Hu2..kalau nak tau macam mana, kena datang sendiri la. Pastinya seronok dan banyak ilmu baharu pasal kelip-kelip ni kita boleh tahu.



Usai naik bot, kami nak bergambar. Ini la kawan-kawan saya yang baik hati membawa saya ke sini.


Terima kasih MAGS 7 ! 

Oleh sebab, kami dapat air mineral masa beli tiket, kami nak buat iklan air mineral jap kat sini. Semua model dah sedia, klik !





Bergambar kenangan di pintu masuk, panjang umur, kita jumpa lagi. Saya nak datang lagi, mungkin juga bersama mereka (reunion mungkin) atau mungkin juga bersama suami atau keluarga nanti. Hu..hu..



DONUT

RESIPI DONUT.

Bahan-bahannya :

500 gram tepung gandum
3 senduk susu pekat manis (senduk saiz kecil )
1/2 paket mauripan
3-4 sudu planta
air suam
Minyak
gula 


Cara menyediakannya :

1) Bancuh susu pekat dengan air suam dan masukkan mauripan - tunggu sehingga naik bau.
2) Gaul tepung gandum dan planta sehingga sebati. 
3) Kemudian, tuang bancuhan mauripan dan susu tadi ke dalam adunan tepung.
4) Uli sehingga adunan tidak melekat di jari. 



5) Ambil sedikit doh dan canai, bentukkan donut tadi menggunakan acuan.




6 ) Buat sehingga habis adunan tadi, dan rehatkan sehingga 10- 15 minit atau sehingga adunan dilihat sudah naik.


7 ) Kemudian, bolehlah digoreng dengan api yang sederhana kuat. Angkat dan toskan minyak.
8) Boleh digaul dengan gula yang telah dimesin halus, atau sedap juga dicelup dengan coklat masakan yang telah dicairkan.
9) Sedia untuk dihidang, sedap dimakan panas-panas.

SOTONG GORENG TELUR MASIN

RESIPI SOTONG GORENG TELUR MASIN


Bahan-bahannya :

3 biji telur masin (rebus dan ambil kuning sahaja, dilenyek sampai hancur)
3-4 ekor sotong saiz sederhana
200 gram tepung jagung

2 sudu marjerin
2-3 ulas bawang putih - ditumbuk
1-2 tangkai daun kari.
2-4 biji cili padi (boleh tambah ikut citarasa)
minyak masak
bahan perasa (jika perlu)


Cara menyediakannya :


1) Bersihkan sotong dan dihiris lebih kurang saiz 2 - 2 1/2 inchi.
2) Gaulkan dengan tepung jagung dan goreng.
3) Angkat dan toskan minyak, ketepikan seketika.



4 ) Rebus telur masin dan ambik kuningnya dan lenyekkan. (saya gunakan juga putihnya, tapi sebelah sahaja.)



5) Kemudian, tumis marjerin, barang putih, cili dan daun kari.


6) Selepas naik bau, masukkan telur masin yang telah dilenyekkan dengan sotong yang telah digoreng bersama tepung jagung tadi.


7) Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.


Nota :

1) Jangan gaul sotong dengan garam atau masukkan garam dalam tepung jagung.
2) Jika telur masin kurang masin, baharulah di masukkan garam ke dalam juadah ini.
3) Sotong juga boleh ditukar dengan ketam atau udang. 


SELAMAT MENCUBA  (O___O)

Acar Timun (Jelatah)

Resipi Acar Timun.

Bahan-Bahannya :


2 biji timun
1 biji bawang besar
2 tangkai cili besar
2-3 sudu cuka
bahan perasa (gula, garam)


Cara menyediakannya :

1) Bersihkan semua bahan -bahan.
2) Potong bahan-bahan dan asingkan.
3) Kacau, cuka dan perasa sehingga sebati.
4) Masukkan bahan-bahan dan gaul sebati.