PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Wednesday, June 26, 2013

ACAR MASAK



ACAR MASAK.

BAHAN-BAHAN:

2 sudu minyak masak
3 sudu cili boh
2 sudu bawang merah
1 1/2 sudu cuka
bahan perasa
2 batang timun (dipotong sepanjang 2 inchi tanpa dibuang kulit)
segenggam kismis


Cara menyediakannya :


1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah bersama cili boh.


2) Masukkan bahan perasa dan cuka. Tunggu sekejap dan masukkan timun.


3) Biarkan dan tunggu sehingga masak. Akhir sekali masukkan kismis.


4) Kacau dan bolehlah dihidangkan.


Keropok Sri Sura


Kedai kegemaran saya setiap kali balik ke kampung ialah Kedai Keropok Sri Sura. Kalau dah makan sampai tak boleh hendak berhenti. Ha..ha.. Hebat penangan keropok lekor kat sini. 





PANCAKE FAMILY OUTING


Aiza ada satu perangai iaitu cepat tertarik dengan sesuatu yg dilihat. Contoh cam kes tengok cite FAMILY OUTING ni. Episod ni DEASUNG (BIG BANG) , minta LEE HYORI sediakan pancake untuk dia. Hyori gunakan kuali pan bentuk hati.
Aiza pun terbayang-bayang betapa sedap dan comelnye pancake tu. Oleh sebab, Aiza ada kuali pan yang lebih kurang sama dirumah masa tu, apa lagi terus ke dapur.




Ha, nilah kualinya. Kuali pan ni dah lama Aiza beli (beli dalam catalog). Beli pun sebab tertarik dengan bentuknya, tapi baru sekali cuba sebab tak ada masa. Biasalah kebanyakkan masa dihabiskan di asrama. Jadi jarang dapat memahirkan kemahiran di dapur kecuali ketika cuti.


Tapi, bila buat... nah ko..
melekat.. ;-(


kalau perasan, HYORI punya elok ja tak melekat, sakit pula hati kita ni. Ermm.. jadi dengan pasrahnya, Aiza angkat la pancake tu. Macam inilah rupanya ..


Oleh sebab teringin sangat dan tak nak membazir. Aiza sambung goreng lagi sebelah (belah yang tak masak) tu atas kuali leper yang orang buat goreng burger tu... HU3... Akhirnya siaplah pancake tu..


Rasanya biasa saje, cuma sebab rasa teringin tu menjadikannya bertambah-tambah sedap. Siap aje masak, Aiza pun sambung tengok episod FAMILY OUTING ni... Kalau ada yang nak cuba, boleh je.. adunan dia, Aiza pakai resipi yang sama dengan cengkodok cuma tambah serbuk cili dan kentang je.. selamat mencuba ..

MI TUMIS

MI TUMIS (1 orang makan)

BAHAN-BAHAN :

Mi kuning
2 sudu minyak masak
2 sudu besar bawang merah
1/4 sudu bawang putih
1/4 sudu lada hitam (ditumbuk/kisar)
1/2 cawan air
100 gram isi ayam
100 gram isi ikan (di ambil isi dan bulat-bulatkan)
bebola & fish cake
bahan perasa
bawang goreng


CARA MENYEDIAKAN :

1) Panaskan kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada hitam.

2) Masukkan isi ayam dan air.


3) Tunggu sekejap, kemudian masukkan isi ikan, bebola, fishcake dan jugak mi.


4) Masukkan bahan perasa dan tunggu sehingga masak.


5) Sedia untuk dihidang dan taburkan sedikit bawang goreng sebagai hiasan.



Tuesday, June 18, 2013

BIHUN GORENG TOM YAM

BIHUN GORENG TOM YAM

BAHAN-BAHAN:

1 paket bihun (rendam hingga lembut dan toskan air)
3 sudu minyak masak
2-3 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili boh 
2 sudu besar bawang merah
1 paket perencah tom yam
4 helai daun limau purut - dicarik
500 gram sotong
200 gram daging- direbus
200 gram ayam - direbus
100 gram tauge
bahan perasa

CARA MENYEDIAKAN :

1) Panaskan minyak.


2) Tumis serai sehingga naik bau.


3) Masukkan cili boh, bawang merah dan tumis sehingga pecah minyak.


4) Masukkan 1 paket perencah tom yam.


5) Masukkan bahan perasa (gula, garam).


6) Masukkan daun limau purut.


7) Masukkan sotong dan kacau rata.


8) Masukkan ayam dan daging bersama air rebusan.


8) Masukkan bihun.


9) Akhir sekali, masukkan tauge dan  dan kacau sehingga masak. 




Sedia untuk dihidang, selamat mencuba ;-)

Nota : Bagi mengelakkan bihun yang dimasak cepat basi, bahan basah yang dimasukkan bolehlah direbus terlebih dahulu. Contohnya seperti ayam, daging, sotong dan udang. InsyaAllah, bihun yang disediakan akan tahan lebih lama. 

Sunday, June 9, 2013

MI GORENG BASAH

RESEPI MI GORENG BASAH. (3-4 orang makan)

Bahan-bahan :


1 paket mi kuning
3 sudu minyak masak
3 sudu cili boh
2 sudu bawang merah (kisar)
1/4 sudu bawang putih (kisar)
kicap (ikut citarasa)
200 gm ayam
1 paket bebola ikan
1/2 paket fish cake
2 batang hotdog
bahan perasa


Cara menyediakannya :

1) Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tunggu sehingga minyak panas.


2) Masukkan bawang merah, bawang putih, dan cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.


3) Masukkan bahan perasa (gula ) dan juga kicap.              

( PESANAN : jangan masukkan garam jika guna kicap masin, takut nanti masin pula mi goreng, kalau guna kicap manis pun jangan letak banyak sangat takut terlalu hitam, kalau kurang hitam nanti boleh tambah apabila sudah masukkan mi).


4) Kacau rata dan masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan sekejap.


5) Tunggu sehingga ayam separuh masak dan bolehlah dimasukkan sebiji telur.


6) Kacau dan masukkan bahan-bahan lain. 



7 ) Kacau sebati dan lihat hasilnya, jika kurang hitam bolehlah ditambah kicap sedikit dan jika rasanya tawar, bolehlah ditambah sedikit garam. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Friday, June 7, 2013

BUAH LAI - ASAM MERAH

RESEPI BUAH LAI- ASAM MERAH .

BAHAN-BAHAN.

1) 10 biji buah lai @ buah pear
2) 1 paket asam merah
3) Gula (10-13 sudu)


Cara menyediakannya :

1) Bersihkan buah lai dan potong kecil - kecil serta buangkan kulitnya.






 2) Gaulkan gula, asam merah dan buah lai di dalam bekas sehingga rata serta warna bertukar keorengan.


3) Sedia untuk dimakan.

4) Lebih sedap dihidang dalam keadaan sejuk (letak dalam peti ais).