PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Sunday, April 28, 2013

MY BIRTHDAY 22 ;-)


Sambut hari jadi saya yang ke - 22. Terima kasih kepada dua orang sahabat yang sudi menyambutnya. 




EKSPO HALAL - Halfest 2012


Kalendar aktiviti telah aku tanda, memo peribadi di bahagian gajet di skrin komputer riba juga telah aku catitkan peristiwa ini. Namun apakan daya, batas waktu yang sangat mencemburuiku merosakkan rencana yang telah aku rancang sekian lama. 

Aku tahu majlis ini akan diadakn melalui pembacaan di akhbar dan televisyen. Lantas promosi dan aktiviti yang dijanjikan sangat membuatkan atmaku teruja. Kesibukan praktikum yang dijalankan di Bukit Beruntung, Rawang tidak mematahkan semangat. Namun kesibukan dengan komitmen latihan pementasan teater Taman Laut membataskan segalanya. 

Mungkin sudah tertulis, aku diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki ke Karnival Halal yang diadakan di PWTC bermula 10 hingga 14 Oktober 2012. Waktu latihan teater yang diadakan pada waktu pagi dan juga malam membuatkan aku mempunyai ruang pada waktu petang. Apalagi, aku mengambil peluang dan mujurlah ada teman yang sudi menemaniku.

Ternampak poster masa dalam perjalanan di Masjid Jamek.

Jalan punya jalan, macam-macamlah aku beli. Tengok gambar yang dekat bawah ni. Aku ngan si kembar ni nak beli kordial jenama Jalen ni. Murah berbanding harga kat luar, 3 botol - RM 12. Terus tamak. Ha3. Dua-dua beli 3 botol seorang. Berat tau nak angkat dan meneruskan sesi jalan-jalan dalam ekspo ni.




Penat berjalan-jalan, terasa haus pula. Terpandang gerai Coolblog, terus rasa nak basahkan tekak. Tapi sebelum nak beratur beli tu, terpandang la belon coolblog di sebelah gerai. Apa lagi moh bergambar la kita. he3. 

Nyum-nyum sedap ni ;-)
Jalan punya jalan, terserempak dengan satu family bukan Islam ni Ekspo Halal ni. Terasa bertuahnya hidup di Malaysia. Keluarga ni bukan sahaja dapat membeli -belah dengan harga yang murah, malah dapat luangkan masa bersama keluarga serta dapat pula menambah ilmu pengetahuan dan mengenali serta memahami dengan lebih dekat mengenali tuntutan agama Islam. 




Penat berjalan, kami pun beransur pulang. Taraa.. inilah barang-barang yang sempat dibeli.





Saturday, April 27, 2013

Cekodok kentang @ Jemput kentang


Resepi Cekodok Kentang.

Bahan-bahan.

4 Biji kentang (dipotong dadu)
150 gram ikan bilis
500 gram tepung gandum
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 biji telur
bahan perasa.

Cara menyediakannya :
1) Sediakan kentang (dipotong dadu) dan juga ikan bilis yang telah dibersihkan dan di rendam di dalam air panas serta ditoskan.


2) Masukkan bahan perasa ke dalam tepung gandum dan masukkan air suam sedikit demi sedikit dan kacau.



3) Apabila adunan dilihat mula pekat, masukkan telur dan kacau sehingga rata. Jika adunan dilihat kurang cair atau masih pekat, tambahlah sedikit air suam.



4) Masukkan bahan-bahan seperti kentang, ikan bilis dan bawang. Gaul sehingga sebati dan bolehlah digoreng.



6) Sedia untuk dimakan, enak dicicah bersama sos. Selamat Mencuba. 



Tumis Ikan.

Resepi Tumis ikan.


Bahan-bahan.

2 ekor Ikan kembung.
3 sudu besar bawang merah (dikisar)
1/2 sudu besar bawang putih (dikisar)
2 sudu besar cili boh
bahan perasa
air
sedikit minyak

Cara menyediakannya :

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan cili boh sehingga garing. 

2) Masukkan air (mengikut citarasa dan kuantiti kuah yang dimahukan).

3) Masukkan bahan perasa.

4) Masukkan ikan dan tunggu sehingga mendidih.

5) Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Selamat Mencuba.




RICE BALL ANCHOVIES

Resipi RICE BALL ANCHOVIES.

Bahan-bahan.

100 gram Ikan bilis
2 sudu besar bawang merah (dikisar)
2 sudu besar cili boh 
1/4 sudu besar bawang putih (dikisar)
sedikit kangkung
2 cawan nasi.
bahan perasa.

Cara Menyediakannya :
1) Goreng Ikan bilis sehingga garing dan angkat.



2) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili boh sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan sedikit gula.



3) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan kangkung. Goreng sehingga masak.

4) Angkat dan gaul bersama nasi.





5) Gaul sehingga sebati dan kepal menjadi bentuk bulat.



6) Susun di dalam pinggan dan bolehlah dimakan. Selamat mencuba.




* Resepi ini adalah inspirasi dari rancangan FAMILY OUTING (KOREA) musim pertama. Episod UEE sebagai artis jemputan.



Sandwich ROSE

Resipi Sandwich ROSE.

Bahan-bahan.

Roti sandwich.
Sosej.

Peralatan.

-Penggelek kuih.
-Lidi.

Cara-cara menyediakannya :

1) Ambil sekeping roti, golek roti menggunakan penggolek kuih. Tekan sedikit semasa menggolek. 


 2) Hiris roti kepada 4 bahagian. (atau boleh diubah mengikut citarasa anda).


3) Susun sosej yang telah dipotong secara serong diatas roti. (Sosej hendaklah dipotong nipis agar tidak pecah dan mudah digulung bersama roti. Sebahagian sosej juga perlu dilebihkan daripada lebar roti.)


4) Kemudian gulung roti dengan kemas bersama sosej.


5) Pastikan hujung roti dipegang kemas supaya tidak terbuka dan letakkan gulungan diatas sekeping lagi roti.


6) Gulung roti diatas gulungan roti yang kedua.


7) Kemaskan gulungan dengan lidi. (rujuk gambar)


8) Ulang perlakuan sehingga selesai.



9) Goreng Sandwich Rose yang telah siap dengan minyak yang panas. Goreng sehingga kekuningan dan bolehlah diangkat.


10) Sandwich ROSE sangat rangup dan enak dimakan panas-panas. Boleh dihidangkan untuk minum petang dan sangat menarik untuk hidangan bersama kanak-kanak. Selamat mencuba.


Keropok Sukaramai

Jalan - jalan semasa cuti yang lepas membawa aku ke Kuala Terengganu. Kalau nama pun berjalan maka tak sah kalau tak cari makan. Jadi kali ini nak membawa semua pembaca untuk ke kedai Keropok Lekor SUKARAMAI. Kalau pembaca nak tahu kat mana kedai ini beroperasi, kat bawah ni ada alamat atau lokasi premis ini.


Tu dia, pekerja-pekerja sedang bertungkus-lumus menggetel keropok lekor. Tahap kebersihan di premis ini sangat la dijaga. Pekerja - pekerjanya semua memakai sarung tangan dan tidak ada lalat atau serangga yang tidak sepatutnya dilihat di sekitar kedai ini. 


Keropok lekor yang siap direbus panas-panas dijual secara terus kepada pelanggan. Harga sebatang keropok lekor ialah RM1 sahaja. Pelbagai pilihan keropok yang ditawarkan di sini, keropok goreng, keropok keping, keropok segera dan tidak kurang hasil laut seperti ikan kering, sotong kering, ikan bilis dan banyak lagi.







Sebelum beredar ke destinasi yang seterusnya, seharusnya gambar kenangan di ambil dulu. Hu..hu...







Friday, April 26, 2013

Singgang ikan / Pindang

Bahan-bahan :

1 ekor Ikan Kembung
3 inci kunyit (dihiris)
5 biji cili
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 keping asam keping
garam dan perasa
Air

Cara menyediakan :


1) Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk seperti gambar di bawah. Air boleh dimasukkan mengikut citarasa dan kuantiti kuah yang dimahukan.


2) Kemudian letakkan di atas dapur dan tunggu sehingga mendidih.


3) Apabila mendidih, bolehlah dilihat warna dan rasanya. Jika kurang berpuas hati terhadap warnanya yang kurang kuning bolehlah diletakkan sedikit kunyit debu. Begitu juga dengan rasa. Bolehlah disesuaikan mengikut cita rasa anda.


4) Tunggu sekejap dan bolehlah dihidangkan. Ikan yang paling sedap dimasak singgang ialah ikan tongkol atau ikan ayer (dialek terengganu). Sedap dihidangkan bersama ulam-ulaman dan budu. Selamat mencuba.