PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Thursday, July 12, 2012

Teater 'KAMI THE MUSICAL'


Teater Kami The Musical ialah sebuah teater yang di adaptasi daripada filem KAMI.

Filem ini telah diarahkan oleh Patrick Yeoh dan diterbitkan oleh dua orang pemilik syarikat penerbitan filem tersebut iaitu Zain & Zaharan. Patrick Yeoh adalah salah satu pengarah bukan Melayu yang pertama mengarah filem Melayu, dan juga filem ini adalah filem pertama arahannya, sejak beberapa dekad lalu. Filem ini menampilkan unsur-unsur kemanusiaan dan kehidupan sebenar mereka yang miskin dan melarat di ibu kota, Kuala Lumpur.

Filem ini menarik perhatian kerana ia satu-satunya filem lakonan Sudirman Haji Arshad (Allahyarham) sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan penghibur terkenal. Walaupun filem ini menampilkan penghibur terkenal, Sudirman pada masa itu masih diawal kariernya dan sambutan filem ini dikatakan agak hambar kerana filem ini mempunyai jalan cerita dan persembahan yang lain daripada yang sedia ada pada masa itu.




Seperti kelaziman, semasa pementasan penonton tidak dibenarkan mangambil gambar yer.. Jadi Aiza sajikan   gambar-gambar sesudahnya pementasan. He..he.. 



Pada pandangan Aiza, susun atur tarian dan juga susunan muzik serta pencahayaan yang sangat baik adalah daya tarikan utama sepanjang menyaksikan teater ini. Setiap babak disulam dengan nyanyian yang sangat padu melalui tarian dan juga nyanyian. Mungkin ianya kerana kelebihan pelakon utamanya Daus AF7 yang mampu berlakon, menyanyi dan menari dengan baik. Tambahan pula, semua susanan muzik dan nyanyian adalah menggunakan muzik 'live'. 



Tahniah diucapkan kepada semua tenaga produksi yang bertungkus lumus dalam menjayakan pementasan ini. Sekalung tahniah Aiza ucapkan.



Bersama rakan-rakan PISMP IPG SEM 6C.Bergambar dulu sebelum balik. ;-)

Saturday, July 7, 2012

Aristotle.


Latar belakang Aristotle.

      Aristotle dilahirkan pada tahun 384, di Stagira sebuah kota di Utara Yunani. Ayah beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi dan beliau dipelihara oleh bapanya Proxenus, yang mempunyai hubungan dengan Atarneus. Tidak terdapat sebarang catatan mengenai pendidikan awal Aristotle, tetapi oleh kerana beliau datang dari sebuah keluarga yang kaya dan alim, tentulah beliau menerima bentuk latihan kesusasteraan dan gymnastik yang biasa bagi orang-orang berada di yunani.
      Pada tahun 367, ketika berumur 17 tahun, beliau meninggalkan Stagira menuju ke Athens dan menyertai kumpulan orang-orang bergeliga yang bekerja dan belajar di bawah pimpinan Plato. Akademi seperti juga Lyceum satu tempat awam, dan sekolah Plato sama dengan sekolah Aristotle tidak serupa dengan sebuah universiti moden. Tetapi ada beberapa perbezaan antara kedua-dua sekolah tersebut. Aristotle menjadi ahlinya pada tahun 367.
      Aristotle kekal di Athens sebagai seorang ahli Akademi Plato selama 20 tahun. Pada 347 tahun, Plato meninggal dunia, beliau meninggalkan Athens menuju ke Atarneus, ketika itu beliau berumur 37 tahun, seorang ahli falsafah dan ahli sains. Aristotle ialah ahli falsafah Greek yang dididik oleh Plato.Beliau merupakan guru kepada Alexander The Great. Apabila Alexander menjadi raja Macedonia (336 SM).
      Aristotle mengasaskan Lyceum yang merupakan komuniti untuk menjalankan penyelidikan. Selepas kematian Alexander, Aristotle meninggalkan Athens atas sebab-sebab politik dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun berikutnya. Selama hayatnya, Aristotle menulis tidak kurang 400 buah buku meliputi pelbagai cabang pengetahuan. Bagaimanapun, penulisan beliau atas tema-tema biologi, logic sains politik adalah antara yang sangat menonjol dan mempengaruhi pemikiran orang ramai.

Sumbangan Aristotle

Bidang falsafah.
        
Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi,geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani.
    Kajian biologi iaitu kajian tentang haiwan menjadi asas sains biologi yang dilakukan oleh Aristotle.
     Falsafah tentang konsep kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Aristotle. Mengikut Aristotle, konsep “kebahagiaan (eudaimonia)” menjadi satu tujuan utama dalam perbuatan dan tingkah laku manusia.
      Falsafah kebaikan moral juga turut diketengahkan oleh Aristotle. Aristotle merujuk kepada perasaan dan perbuatan dalam perbincangan beliau tentang kebaikan moral. Sesuatu kebaikan moral boleh ditakrifkan melalui perasaan kita terhadap sesuatu objek atau situasi, dan juga melalui tindakan kita dalam keadaan kita.Salah satu moral Aristotle ialah keberanian.

Bidang Pendidikan.

Teori yang dihasilkan masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Pemikirannya juga terserap ke mana-mana.

Meskipun sebahagian besar ilmu pengetahuan yang dikembangkan,terasa lebih merupakan penjelasan dari hal-hal yang masuk akal,banyak teori-teorinya yang bertahan bahkan hampir selama dua ribu tahun lamanya.Hal ini terjadi karena teori-teori tersebut sangat berpengaruh pada pemikiran barat dan pemikiran agama lain pad umumnya.

Watak  dan Keperibadian Aristotle.

1-)    Beliau berasal daripada keluarga kaya.
2-)    Beliau agak suka bersolek, memakai cincin di jari dan menyimpan rambut pendek mengikut fesyen.
3-)    Beliau mnghidap sakit penat dan dikatakan berkaki panjang.
4-)    Beliau seorang pemidato yang baik, syarah-syarahannya terang, cakapnya menawan dan tempelaknya tajam.
5-)    Musuhnya ramai yang menggambarkan beliau seorang yang penyombong dan  perangah.
6-)    Wasiatnya yang masih ada menunjukkan kemurahan hati beliau dan fikirannya yang panjang.
7-)    Karya – karya falsafahnya tidak mengandungi sentimen, tetapi mereka membayangkan bahawa beliau menghargai persahabatandan kemampuan diri sendiri.



Fonetik Fonologi -Rujukan



BUKU :
1 ) Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar ( 2006 ).Fonetik dan Fonologi,Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Malaysia :PTS PROFESIONAL Publishing Sdn.Bhd

2 ) Goay Teck Chong,Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad (2006).Teks pra-u stpm bahasa melayu .Malaysia: Longman

3 ) Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moian ( 2005 ).Sejarah Bahasa Melayu.Malaysia : Utusan publications & distributors sdn bhd.

4) Abdullah Hassan ( 1994 ).Bahasa Melayu STPM kertas 1 & 2.Malaysia : Fajar Bakti.

Fonetik Fonologi - Bunyi Konsonan


Bunyi konsonan
Bunyi konsonan dihasilkan apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran suara.Bunyi konsonan dalam bahasa melayu dilambangkan oleh huruf-huruf tertentu,sebilangan besarnya dilambangkan oleh huruf konsonan tunggal.Hanya lima bunyi yang dilambangkan oleh huruf konsonan gabung.

1 ) KONSONAN LETUPAN

a.Konsonan letupan dua bibir [ p ] dan [ b ]
Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak.Udara dari paru-paru akan tertahan di dalam rongga mulut dan seterusnya dilepaskan serta merta.Jika udara yang dilepaskan itu tidak menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan dua bibir tak bersuara [ p ].Manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan bersuara [ b ].
Contoh bunyi konsonan :
[ p ]
[ lapan ]
[ tətap ] ( tetap )
[ b ]
[ balik ]
[ hidung ]

b. Konsonan letupan gusi [ t ] dan [ d ]
Untuk membunyikan konsonan ini,hujung lidah hendaklah dirapatkan ke gusi atas.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.Kedudukan lidah akan menyekat udara dari paru-paru,setelah itu apabila udara yang tersekat itu dilepaskan serta-merta maka bunyi yang terhasil itu ialah bunyi letupan gusi.Jika letupan gusi yang berlaku tidak menggetarkan pita suara,maka bunyi yang terhasil ialah letupan gusi tak bersuara [ t ].Namun jika menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [ d ].
Contoh bunyi konsonan :
[ t ]
[ tiga ]
[ itu ]
[ d ]
[ dasar ]
[ had ]

c. Konsonan letupan lelangit lembut [ k ] dan [ g ].
Penghasilan bunyi ini terjadi apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut. Udara yang tertahan akan dilepaskan serta-merta.Jika pelepasan udara yang berlaku tidak menggetarkan pita suara,maka bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tak bersuara [ k ].Sebaliknya jika menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [ g ].
Contoh bunyi konsonan :
 [ k ]
[ kambinŋ ] ( kambing )
[ paku ]
[ g ]
[ raga ]
[ beg ]

d. Konsonan letupan pita suara [   ]
Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan,dan keadaan ini menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan.Apabila pita suara terbuka secara serta merta dan membebaskan udara,maka bunyi yang terhasil dinamakan letupan pita suara [   ].Oleh karana bunyi ini berlaku pada pita suara,bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai bunyi bersuara atau tak bersuara.
Contoh bunyi konsonan  [   ] :
[ buda  ] ( budak )
[ kaka  ] ( kakak )

e.Konsonan letusan [ c ] dan [ j ].
Perbezaan diantara bunyi letupan dan letusan ialah bunyi letusan dilepaskan secara perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi geluncuran.Lelangit lembut hendaklah dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tidak bersuara.Konsonan letusan dalam bahasa melayu ialah letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan letusan lelangit keras bersuara [ j ].
Contoh bunyi konsonan :
[ c ]
[ cat ]
[ kaca ]
[ j ]
[ jalan ]
[ bijih ]

2 ) KONSONAN SENGAU

a.Sengau dua bibir bersuara [ m ]
Untuk menghasilkan konsonan sengau dua bibir,bibir bawah hendaklah dirapatkan kepada bibir atas.Lelangit lembut  dalam keadaan biasa menyebabkan udara melalui rongga hidung.Malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
Contoh bunyi sengauan [ m ] :
[ makan ]
[ lama ]
                                                                                                               
b.Sengau gusi bersuara [ n ]
Bunyi ini dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan kepada gusi.Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga hidung. Malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
Contoh bunyi sengauan [ n ] :
[ naŋka ] ( nangka )
[ bina ]

 c.Sengau lelangit keras gusi bersuara [ ɲ ]
Konsonan ini terhasil apabila depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga hidung. Malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
Contoh bunyi sengauan [ ɲ ] :
[ ɲawa ] (nyawa )
[ ɲamo ] ( nyamuk )

d. Sengau lelangit lembut bersuara [ ŋ ]
Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut. lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga hidung. malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
Contoh bunyi sengauan [ ŋ ] :
[ ŋaŋa ] ( nganga )
[ malaŋ ] ( malang )

3 ) KONSONAN GESERAN
                       
a. Geseran gigi bibir [ f ] dan [ v ]
Bunyi geseran gigi bibir  terhasil apabila bawah dan bibir atas dirapatkan tetapi tidak menghalang aliran udara keluar.Laluan yang sempit menyebabkan udara yang dikeluarkan daripada paru-paru menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ f ] dan yang bersuara [ v ].

b.Geseran gusi [ s ] dan [ z ]
Bunyi geseran gusi terhasil apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras.Keadaan ini tidak menyekat aliran udara.Udara yang keluar dari paru-paru akan menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ s ] manakala yang bersuara adalah [ z ].

c. Geseran lelangit keras [ š ] dan [ ž ]
Penghasilan konsonan ini ialah apabila hadapan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak terlalu rapat.Udara dari paru-paru terhembur keluar dengan berlakunya geseran. Bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah [ š ] manakala bunyi geseran lelangit keras bersuara adalah [ ž ].

d. Geseran lelangit lembut [ x ] dan [ y ].
Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah rapat ke lelangit lembut.Udara yang keluar dari paru-paru terdesak keluar melalaui rongga mulut. Konsonan geseran  lelangit lembut tak bersuara adalah [ x ] manakala konsonan geseran lelangit lembut bersuara adalah [ y ].

e.Geseran pita suara [ h ]
Geseran pita suara terhasil apabila pita suara dirapatkan yang mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser.Seperti keadaan bunyi letupan glottis,bunyi ini juga berlaku di pita suara maka itu tidak menunjukkan sama ada bunyi ini bersuara ataupun tak bersuara.

4 ) KONSONAN GETARAN

Bahasa mempunyai satu bunyi getaran,iaitu [ r ].Bunyi ini terhasil apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut setelah itu lidah diangkat ke arah gusi.Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara,maka terhasillah bunyi getaran [ r ].

5 ) KONSONAN SISIAN

Konsonan sisian dalam bahasa melayu ialah [ | ].bunyi ini terhasil apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah,manakala hujung  lidah diangkat ke arah tengah gusi.Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara,maka terhasillah bunyi [ | ].

6 ) SEPARUH VOKAL

Kedudukan lidah semasa melafazkan bunyi ini  ialah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi tidak sempurna,hanya separuh sahaja.Hal ini kerana kedudukan lidah berubah selepas itu.Ada dua bunyi separuh vokal,iaitu separuh vokal dua bibir [ w ] dan separuh vokal lelangit keras [ y ].Keadaan bibir pula dibundarkan semasa melafazkan [ w ] dan terhampar ketika melafazkan [ y ].








Fonetik Fonologi- Bunyi Diftong


BUNYI DIFTONG
Bunyi diftong ialah percantuman dua bunyi vokal yang diucapkan dengan satu hembusan nafas.bunyi ini dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal dari satu vokal yang mendahului ke vokal yang mengikutinya.walaupun begitu,bunyi vokal pertama adalah lebih lantang berbanding dengan bunyi vokal yang kedua.Diftong mesti dibezakan daripada vokal rangkap yang merupakan urutan dua vocal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan dua suku kata.Dalam pembentukan suku kata diftong tidak terpisah sebaliknya menjadi inti suku kata.

1.Diftong [ ai ]
Semasa membunyikan vokal ini kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi semasa menghasilkan bunyi vokal depan [ a ] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup [ i ].Namun begitu bahagian hadapan lidah tidaklah berada pada posisi ketika melafazkan voKal [ i ] sepenuhnya tetapi hujung lidah hanya menyentuh gigi depan pada bahagian bawahnya.Kedudukan lelangit lembut dinaikkan dengan pita suara bergetar.Bentuk bibir dalam keadaan neutral dan pembukaan rahang dalam keadaan antara sederhana dan luas.
Contoh bunyi diftong [ ai ] :
[ pandai ]
[ sampai ]
[ tapai ]

2.Diftong [ au ]
Semasa membunyikan vokal ini kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi semasa menghasilkan bunyi vocal [ a ] dan secepatnya beralih kepada bunyi vocal belakang tertutup [ u ].Namun begitu bahagian belakang lidah tidak benar-benar menaik seperti mana melafazkan bunyi [ u ].Bentuk bibir pula pada mulanya tidak dalam keadaan bundar tetapi apabila hampir selesainya lafaz bunyi ini bentuk bibir menjadi bundar.hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukaan rahang antara sederhana dan luas.
Contoh bunyi diftong [ au ] :
[ pulau ]
[ kalau ]
[ kərbau ] ( kerbau )

3. Diftong [ oi ]
Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi vokal belakang separuh tertutup [ o ] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup [ i ].Namun kedudukan lidah tidak sebenarnya sampai pada kedudukan tinggi seperti melafazkan bunyi vokal [ i ].Pada geluncuran pertama bentuk bibir adalah bundar tetapi menghampar semasa hampir selesai melafazkannya.Pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah luas.
Contoh bunyi diftong [ oi ] 
[ səpoi ] ( sepoi )
[ kaloi ]
[ amboi ]



Fonetik fonologi - Bunyi Vokal


BUNYI VOKAL

Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.Malah turut melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya.Bentuk bibir dan saiz rongga mulut ini mempengaruhi jenis vokal yang akan dihasilkan sama ada dalam keadaan terbuka,separuh sempit,separuh terbuka ataupun luas.Lidah pula menentukan bunyi vokal yang dihasilkan sama ada vokal depan,belakang atau tengah.
Kedudukan vokal-vokal bahasa melayu dapat diringkaskan seperti jadual dibawah :

VOKAL
LAMBANG                            NAMA VOKAL
Vokal depan
 [ i ]                                        vokal depan sempit
 [ e ]                                       vokal depan separuh sempit
 [ ɛ ]                                        vokal depan separuh luas
 [ a ]                                        vokal depan luas                                    
Vokal tengah
 [ ə ]                                        vokal tengah
Vokal belakang
 [ u ]                                        vokal belakang sempit                               
 [ o ]                                        vokal belakang separuh sempit
 [ ɔ ]                                         vokal belakang separuh luas
 [ ɑ ]                                         vokal belakang luas



1) VOKAL DEPAN

a.Vokal depan sempit  [ i ]
Untuk menghasilkan vokal ini iaitu vokal depan sempit,alat artikulasi yang terlibat ialah bahagian hujung lidah yang diletakkan pada titik yang paling tinggi di bahagian depan mulut dan kedudukannya merupakan yang paling tinggi dalam rongga mulut.Lelangit lembut hendaklah diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika membunyikan vokal ini bibir hendaklah berada dalam keadaan terhampar.
Contoh penggunaan vokal [ i ] :     
[ itik ]
[ sira ]
[ kari ]

b. Vokal separuh sempit [ e ]
Penghasilan bunyi vokal ini melibatkan bahagian depan lidah agak ke bawah sedikit ,iaitu sepertiga daripada tinggi lidah semasa melafazkan bunyi [ i ]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika membunyikan vokal ini bibir hendaklah dalam keadaan terhampar.Bukaan bibir juga agak sederhana.
Contoh penggunaan vokal [ e ] :
[ elo  ] ( elok )     
[ lepa  ] ( lepak )
[ sate ] ( sate )

c. Vokal depan separuh luas [ ɛ ]
Kedudukan alat artikulasi ketika membunyikan vokal ini ialah depan lidah diturunkan dua pertiga dari kedudukan semasa melafazkan bunyi [ e ].Manakala lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika membunyikan vokal ini bibir hendaklah dalam keadaan terhampar.
Contoh pengunaan vokal [ ɛ ] :     
[ ɛloʔ ] ( elok dalam dialek kedah )
[ otɛ  ] ( membuat sedikit demi sedikit dalam dialek kedah )
[ modɛ  ] (modal dalam dialek kedah )

d. Vokal depan luas [ a ]
Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturunkan ke titik paling bawah dalam rongga mulut.Puncak dari depan lidah tertarik ke belakang sedikit.Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Ketika membunyikan vokal ini bibir hendaklah dalam keadaan terhampar.
 Contoh pengunaan vokal [ a ] :
[ aku ]
[ padi ]
[ bila ]

2 ) VOKAL BELAKANG

a. Vokal belakang sempit [ u ]
Kedudukan alat artikulasi ketika membunyikan vokal ini ialah dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin seperti merapati lelangit keras.Malah sekatan aliran udara tidak berlaku. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.Semasa melafazkan bunyi vokal ini bibir hendaklah berada dalam keadaan bundar.
Contoh pengunaan vokal [ u ] :    
[ ulam ]
[ duka ]
[ buta ]

b. Vokal belakang separuh sempit [ o ]
 Kedudukan alat artikulasi ketika membunyikan vokal ini ialah belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi [ u ].Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi vokal ini bibir hendaklah berada dalam keadaan bundar.
Contoh pengunaan vokal [ o ] :    
[ ombaʔ  ] ( ombak )    
[ soraʔ  ] ( sorak )
[ soto  ] (soto )

c. Vokal belakang separuh luas [ ɔ ]
Penghasilan bunyi vokal ini melibatkan bahagian belakang lidah  diturunkan lebih rendah sedikit daripada semasa melafazkan bunyi vokal separuh sempit [ o ]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi vokal ini bibir hendaklah berada dalam keadaan bundar.
 Contoh pengunaan vokal [ ɔ ] :   
[ borak ] ( berbohang,dialek Kelantan )
[ tumpɔ ] ( mati,dialek bota perak )

d. Vokal belakang luas [ ɑ ]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diletakkan di titik paling bawah dan sejauh-jauhnya ke belakang terus-menerus. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi vokal ini bibir hendaklah berada dalam keadaan bundar.
Contoh pengunaan vokal [ ɑ ] :
[ gula ] ( gulai,dialek sungai perak )

3 ) VOKAL TENGAH [ ə ]

Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga mulut.Bibir terbuka,tetapi jangan terlalu luas.udara yang melalui rongga mulut menghasilkan bunyi vocal [ ə ] .
Contoh pengunaan vokal [ ə ] :
[ əma ] (emak )
[ ləbah ] ( lebah )
[ apə ] ( apa dalam sebutan johor riau )








Trek Jogging Bukit Bauk, Dungun, Terengganu.


Cuti semester yang lepas, Aiza balik kampung dan berpeluang berkunjung ke Trek Jogging Rimba Bandar Bukit Bauk, Dungun, Terengganu. Walaupun sudah lama dibuka, ini adalah kali pertama Aiza ke sini kerana baharu berpeluang. Aiza tiba di sini lebih kurang jam 8 pagi.


Oleh sebab ini adalah pertama kali Aiza ke sini. Aiza tak dapat nak bayangkan sejauh mana trek jogging ni. Gambar di bawah ni, Aiza ambil masa berjogging. tak la jogging namanyer pun kalau Aiza berjalan je sepanjang masa. He..he..Pencawang eletrik yang terakhir iaitu yang Aiza bulatkan tu, adalah tempat yang perlu dituju atau pengakhiran trek jogging ni.


Trek jogging ni, jalannya telah bertar dan di sepanjang laluan, terdapat kerusi yang disediakan untuk berehat. Trek jogging ini yang jalannya berbukit-bukau. 

Taraa.. setelah berpenat lelah mendaki. Inilah perhentian atau pencawang terakhir yang menanti di puncak. 


Posing-posing. Hu..hu.. Pemandangan dari bahagian atas bukit sangatlah indah. 


Kan? Cantik tak? Tapi maaf ya, walaupun gambar ini diambil lebih kurang jam 9.50 pagi. Namun cuaca yang berjerebu menyebabkan pemandangan tidak dapat dirakam dengan jelas.


Kalau sesiapa yang tinggal berdekatan, dan masih belum berpeluang berkunjung ke sini. Rebutlah peluang dan Aiza jamin, anda tidak akan menyesal. Trek jogging ini terletak bersebelahan dengan Politeknik Sultan Zainal Abidin, Dungun.