PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Thursday, September 5, 2013

KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN


Kelip-kelip kampung Kuantan ni terletak di Kuala Selangor, Selangor. Dah lama dah pergi tempat ni, tapi baru sekarang nak cerita kat sini, pengalaman pergi sana. 

Kami pergi 2 buah kereta masa ni, semua perempuan. Masa ni, trip rumah sewa dan praktikum. Dalam kesibukkan praktikum tu, alang-alang semua dah jauh praktikum ke kawasan kuala selangor, macam rugi pula kalau tak berkunjung ke sini.




Kami pergi ni, main redah je. Jadi main tengok papan tanda la kiranya. Masa ni, baru jumpa papan tanda pertama di satu traffic light. Kalau ada yang nak berkunjung kesana, ikut papan tanda je mesti jumpa. Tak pun, GPS kan ada.. hu3..

Akhirnya, lebih kurang jam 10.00 malam, kami sampai ke sini.



Sampai-sampai je, kami dah risau sebab terserempak dengan pengunjung lain yang dah beransur. Cuak woo..dari jauh kami datang (kami dari Bukit Beruntung masa ni) sekali dah tutup ke? 

Rupanya bukak lagi.. Cuma kami ni kategori lambat la, dan memang malam tu, kami ni pengunjung terakhir. Ha2..


Harga nak naik sampan dekat sini, RM 50 satu sampan. Satu sampan muat 4 orang. Bila beli tiket ni, dapat percuma satu botol air mineral sekali.
Kami semua 8 orang, cukup untuk naik 2 buah sampan. 



Sepanjang jalan menuju ke jeti, banyak tempat duduk, papan tanda yang tersedia di kiri dan kanan laluan. Semua maklumat penubuhan pusat ni, penjagaan dan pembiakkan kelip-kelip di catatkan. Boleh baca sendiri.




Ini papan tanda peraturan atau amaran semasa berada di kawasan ni.




Bersedia pakai jaket keselamatan, kat belakang tu bot-bot yang akan membawa kami menyelusuri Sungai Selangor dan tengok dengan lebih dekat lagi kelip-kelip ni. Oleh sebab, kami pengunjung terakhir, dah tak ada pengunjung lain, agak lama jugalah kami diatas bot tu. 

Kita tak dibenarkan ambil gambar kelip-kelip ni, jadi memang tiada gambar kelip-kelip dan diatas bot. Hu2..kalau nak tau macam mana, kena datang sendiri la. Pastinya seronok dan banyak ilmu baharu pasal kelip-kelip ni kita boleh tahu.



Usai naik bot, kami nak bergambar. Ini la kawan-kawan saya yang baik hati membawa saya ke sini.


Terima kasih MAGS 7 ! 

Oleh sebab, kami dapat air mineral masa beli tiket, kami nak buat iklan air mineral jap kat sini. Semua model dah sedia, klik !





Bergambar kenangan di pintu masuk, panjang umur, kita jumpa lagi. Saya nak datang lagi, mungkin juga bersama mereka (reunion mungkin) atau mungkin juga bersama suami atau keluarga nanti. Hu..hu..



DONUT

RESIPI DONUT.

Bahan-bahannya :

500 gram tepung gandum
3 senduk susu pekat manis (senduk saiz kecil )
1/2 paket mauripan
3-4 sudu planta
air suam
Minyak
gula 


Cara menyediakannya :

1) Bancuh susu pekat dengan air suam dan masukkan mauripan - tunggu sehingga naik bau.
2) Gaul tepung gandum dan planta sehingga sebati. 
3) Kemudian, tuang bancuhan mauripan dan susu tadi ke dalam adunan tepung.
4) Uli sehingga adunan tidak melekat di jari. 



5) Ambil sedikit doh dan canai, bentukkan donut tadi menggunakan acuan.




6 ) Buat sehingga habis adunan tadi, dan rehatkan sehingga 10- 15 minit atau sehingga adunan dilihat sudah naik.


7 ) Kemudian, bolehlah digoreng dengan api yang sederhana kuat. Angkat dan toskan minyak.
8) Boleh digaul dengan gula yang telah dimesin halus, atau sedap juga dicelup dengan coklat masakan yang telah dicairkan.
9) Sedia untuk dihidang, sedap dimakan panas-panas.

SOTONG GORENG TELUR MASIN

RESIPI SOTONG GORENG TELUR MASIN


Bahan-bahannya :

3 biji telur masin (rebus dan ambil kuning sahaja, dilenyek sampai hancur)
3-4 ekor sotong saiz sederhana
200 gram tepung jagung

2 sudu marjerin
2-3 ulas bawang putih - ditumbuk
1-2 tangkai daun kari.
2-4 biji cili padi (boleh tambah ikut citarasa)
minyak masak
bahan perasa (jika perlu)


Cara menyediakannya :


1) Bersihkan sotong dan dihiris lebih kurang saiz 2 - 2 1/2 inchi.
2) Gaulkan dengan tepung jagung dan goreng.
3) Angkat dan toskan minyak, ketepikan seketika.



4 ) Rebus telur masin dan ambik kuningnya dan lenyekkan. (saya gunakan juga putihnya, tapi sebelah sahaja.)



5) Kemudian, tumis marjerin, barang putih, cili dan daun kari.


6) Selepas naik bau, masukkan telur masin yang telah dilenyekkan dengan sotong yang telah digoreng bersama tepung jagung tadi.


7) Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.


Nota :

1) Jangan gaul sotong dengan garam atau masukkan garam dalam tepung jagung.
2) Jika telur masin kurang masin, baharulah di masukkan garam ke dalam juadah ini.
3) Sotong juga boleh ditukar dengan ketam atau udang. 


SELAMAT MENCUBA  (O___O)

Acar Timun (Jelatah)

Resipi Acar Timun.

Bahan-Bahannya :


2 biji timun
1 biji bawang besar
2 tangkai cili besar
2-3 sudu cuka
bahan perasa (gula, garam)


Cara menyediakannya :

1) Bersihkan semua bahan -bahan.
2) Potong bahan-bahan dan asingkan.
3) Kacau, cuka dan perasa sehingga sebati.
4) Masukkan bahan-bahan dan gaul sebati.




Tuesday, July 2, 2013

MASAK LEMAK CILI PADI AYAM


MASAK LEMAK CILI PADI AYAM



Bahan-bahan :

1/2 biji kelapa (lebih kurang RM1.50 santan )
2 inchi kunyit hidup
10 biji cili padi (ditumbuk/kisar - boleh ditambah ikut citarasa)
3 batang serai
500 gram ayam
bahan perasa

Cara menyediakannya :

1) Kisar kelapa bersama kunyit hidup dan diperah santannya.




2) Kemudian, masukkan santan ke dalam periuk dan kacau.



3) Masukkan cili padi yang telah dihancurkan.



4) Masukkan bahan perasa.



5) Tunggu sehingga mendidih dan masukkan ayam.



6) Akhir sekali masukkan serai dan tunggu sehingga mendidih.



7)Sedia untuk dihidangkan. 

Wednesday, June 26, 2013

ACAR MASAK



ACAR MASAK.

BAHAN-BAHAN:

2 sudu minyak masak
3 sudu cili boh
2 sudu bawang merah
1 1/2 sudu cuka
bahan perasa
2 batang timun (dipotong sepanjang 2 inchi tanpa dibuang kulit)
segenggam kismis


Cara menyediakannya :


1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah bersama cili boh.


2) Masukkan bahan perasa dan cuka. Tunggu sekejap dan masukkan timun.


3) Biarkan dan tunggu sehingga masak. Akhir sekali masukkan kismis.


4) Kacau dan bolehlah dihidangkan.


Keropok Sri Sura


Kedai kegemaran saya setiap kali balik ke kampung ialah Kedai Keropok Sri Sura. Kalau dah makan sampai tak boleh hendak berhenti. Ha..ha.. Hebat penangan keropok lekor kat sini.