PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Monday, June 25, 2012

Paling susah ;-(


Gambar pemenang Pertandingan Pidato Integriti Ipg, Piala Menteri Pelajaran 2011


Ini pula gambar yang paling susah nak ambil. Tahu kenapa? Sebab, gambar ni diambil dalam dewan dengan bilangan jurugambar yang berpuluh-puluh orang. Banyak gambar rosak sebab gangguan flash dari kamera lain semasa gambar diambil. Gambar jadi putih atau terlebih cahaya.

Lagi satu, nak buat semua orang pandang ke arah kamera ialah kesusahan paling besar. Lain la kalau ambik gambar keluarga, senang je Aiza panggil nama suruh tengok kamera. Ini VIP, mana boleh panggil. Kalau nasib baik, dapat la. Kalau tak, itu sahajalah.

Macam mana Aiza boleh ambil gambar ni? Ermmm.. masa ni, Aiza jadi ajk pertandingan. Jadi kebetulan bawa kamera dan pemenang pertandingan adalah wakil IPG KBM (tempat Aiza blajar), jadi alang-alang kata orang. Ambil la gambar sekeping dua. Masa tu barulah tahu betapa susahnya hendak rakam gambar dalam situasi macam ni.

Tip? Pada Aiza, kita jangan terlalu kejarkan kuantiti gambar, dalam keadaan seperti ini, kualiti adalah penting.
  1. VIP hanya berada di dalam keadaan begitu hanya sekelip mata. Jurugambar perlu cepat merakam gambar pada masa yang tepat.
  2. Berada di dalam keadaan bersedia, sebaik anda memastikan VIP berpaling ke arah anda, rakam gambar dengan cepat.
  3. Jangan memeriksa atau melihat gambar yang telah dirakam sebaik sahaja menangkapnya kerana itu akan membuang masa. Terus bersedia dan mengambil gambar seterusnya.
  4. Akhir sekali, baharulah pilih gambar yang terbaik daripada koleksi gambar yang ada.
Harap coretan ini membantu rakan-rakan diluar sana yang mengalami masalah yang sama. Kalau ada tip yang hendak dikongsikan, sila tinggalkan komen ye.

No comments:

Post a Comment