PLANET AIZA MIRA

PLANET AIZA MIRA

Monday, August 27, 2012

Resipi Corflakes Madu

Resipi Cornflakes Madu.

100 gram Cornflakes
100 gram Milo
100 gram Mentega
4 Sudu besar Madu.

Cara menyediakan : 

a) Masukkan Mentega ke dalam periuk.


b) Kemudian masukkan Milo.


c) Masukkan juga Madu.


d) Kemudian dengan api perlahan, panaskan bahan -bahan diatas sehingga cair.


e) Setelah cair, lebih kurang macam gambar kat bawah ni..he3..


f) Masukkan Cornflakes dan gaul sehingga rata.




g) Setelah siap digaul. Bolehlah dimasukkan ke dalam bekas dan disejukkan. 


h) Simpan dalam peti sejuk pun boleh, suhu bilik pun boleh. Selamat Mencuba ;-)

Sunday, August 26, 2012

Pengukus Tembaga

Salam.. Korang pernah tengok tak alatan kat bawah ni? Kalau korang nak tahu, nilah pengukus zaman dulu-dulu. Pengukus ni dibuat dari tembaga berlainan dengan yang ada di pasaran sekarang.


Ini gambar bahagian dalam. Pengukus ini hendaklah diletakkan di dalam sebuah periuk besar yang mempunyai air. Kemudian boleh digunakan seperti biasa. Pengukus ni tiada bahagian periuk bawah macam pengukus zaman sekarang. Pengukus ini juga lebih berat berbanding pengukus biasa.





Nota kaki : Kata emak, pesan orang tua-tua. Pengukus jangan dilanggar dengan lutut. Takut nasi atau makanan yang ditanak  menjadi mentah. ;-)